Sokong Anwar Jadi PM Bukti Mat Sabu Gila Kuasa - Khairuddin

Sokong Anwar Jadi PM Bukti Mat Sabu Gila Kuasa - Khairuddin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sokong Anwar Jadi PM Bukti Mat Sabu Gila Kuasa - Khairuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sokong Anwar Jadi PM Bukti Mat Sabu Gila Kuasa - Khairuddin
link : Sokong Anwar Jadi PM Bukti Mat Sabu Gila Kuasa - Khairuddin

Baca juga


Sokong Anwar Jadi PM Bukti Mat Sabu Gila Kuasa - Khairuddin

 

Kenyataan Mat Sabu menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri membuktikan kalangan ini hanya pentingkan kuasa, jawatan serta kedudukan dan sanggup mengenepikan prinsip perjuangan yang luhur.

Takkan Mat Sabu selaku presiden parti Amanah tidak tahu bahawa kini Anwar sedang bekerjasama dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi untuk cuba jatuhkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN sebelum 6 januari 2021?

Demi untuk berpaut pada kuasa; Anwar sanggup bekerjasama dengan siapa saja termasuk ‘kepala’ kleptokrats.

Saya yakin presiden PKR ini akan membebaskan Najib Razak serta Zahid Hamidi dari segala pertuduhan undang-undang di mahkamah jika dia berjaya jadi perdana menteri seandainya dua tokoh kleptokrats tersebut membantunya mencapai idaman tersebut.

Tetapi jangan risau kerana Najib Razak, Zahid Hamidi dan Anwar akan menemui jalan buntu kerana ketiga-tiga pemimpin sewel ini hanya ‘bermimpi di siang hari’.

Kini, Mat Sabu dan parti Amanah masih lafazkan kesetiaan pada Anwar walaupun mempunyai jalinan kerjasama dengan puak kleptokrats.

Inilah prinsip pembangkang pada hari ini yang sudah ‘gelong’ akibat hilang kuasa dari kalangan pengkhianat yang menerajui ‘Langkah Sheraton!’

Sehingga kini Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpegang erat pada prinsip. Prinsip untuk tidak bekerjasama dengan golongan kleptokrats cukup kuat serta tetap utuh pada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup bekerjasama dengan kalangan kleptokrats selepas ‘Langkah Sheraton’ beliau boleh jadi perdana menteri semula.

Tetapi prinsip kental Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kleptokrats tetap kental sehingga hari ini.

Sesiapa saja yang menyokong Mat Sabu yang sedang berkerjasama dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi juga pengkhianat pada mandat rakyat yang menolak kerajaan kleptokrasi pada PRU14 yang lepas.

Sesiapa saja yang bekerjasama dengan puak kleptokrats harus dihukum pada PRU15 nanti yang sudah hampir tiba.

Selaku bekas ahli Amanah dan penyelaras parlimen Jasin; saya amat kecewa dengan prinsip mahupun pendirian Mat Sabu.

Mereka ini cukup taksub serta takut pada Anwar. Seolah-olah Anwar ini adalah tuhan pada mereka.

Apa saja kesilapan dan kesalahan Anwar; pemimpin-pemimpin PH tetap menurut kehendaknya secara membuta-tuli.

Pemimpin-pemimpin PH ini semua ‘gila talak’ untuk berkuasa semula.

Demi kuasa mereka sanggup lakukan apa saja termasuk menggadai maruah diri serta prinsip perjuangan yang luhur.

Sesungguhnya juga, pemimpin-pemimpin PH ‘dua kali lima’ saja dengan para pengkhianat dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN.

Kali ini pada pru15 keseluruhan rakyat harus tolak PN dan PH seterusnya memilih ‘kuasa ketiga’ yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya berpaut erat pada prinsip perjuangan luhur seterusnya tetap menolak kerjasama dengan kleptokrats.

Khairuddin Abu Hassan

 

Laporan dipetik dari SINI


Demikianlah Artikel Sokong Anwar Jadi PM Bukti Mat Sabu Gila Kuasa - Khairuddin

Sekianlah artikel Sokong Anwar Jadi PM Bukti Mat Sabu Gila Kuasa - Khairuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sokong Anwar Jadi PM Bukti Mat Sabu Gila Kuasa - Khairuddin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/sokong-anwar-jadi-pm-bukti-mat-sabu.html

Subscribe to receive free email updates: