FDI Malaysia 2020 Tercorot Di ASEAN?

FDI Malaysia 2020 Tercorot Di ASEAN? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FDI Malaysia 2020 Tercorot Di ASEAN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FDI Malaysia 2020 Tercorot Di ASEAN?
link : FDI Malaysia 2020 Tercorot Di ASEAN?

Baca juga


FDI Malaysia 2020 Tercorot Di ASEAN?


Krisis COVID-19 telah menyebabkan aliran pelaburan langsung asing (FDI) global pada tahun 2020 merosot sehingga 40 peratus, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dengan jangkaan akan lebih buruk pada 2021.

FDI akan susut daripada AS$1.54 trilion (RM6.58 trilion) pada 2019 kepada bawah AS$1 trilion (RM4.27 trilion) untuk pertama kalinya sejak 2005, mengikut laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD).

"FDI iaitu ukuran pelaburan sektor swasta rentas sempadan, dijangka susut lima hingga 10 peratus lagi pada 2021 dan hanya mula pulih pada 2022.

"Ekonomi global berada dalam keadaan yang lebih buruk daripada krisis kewangan 2008," katanya dalam Laporan Pelaburan Dunia 2020.

Di Asia, pandemik itu dijangka mengakibatkan kemerosotan pendapatan pelaburan semula firma milik asing di rantau ini, berikutan krisis itu melemahkan kepentingan China dan ekonomi Asia lain sebagai pusat pengeluaran global.

Dan Malaysia tidak terkecuali...

Tapi awat teruk sangat ni..?

FDI Malaysia 2020 tercorot dalam ASEAN?

MALAYSIA dikatakan sebagai negara mengalami kesan kemeruduman ekonomi paling terusk dalam kalangan negara ASEAN dalam tempoh krisis pandemik Koronavirus (Covid-19).

Berbanding negara lain, memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Malaysia mengalami penurunan pelaburan asing terus (FDI) sebanyak 68 peratus.

Walaupun, negara ASEAN lain pada tahun lalu mencatatkan penurunan dalam FDI, namun ia dikatakan tidaklah seteruk situasi yang dihadapi di negara ini.

Seperti Thailand, negara gajah putih itu mengalami penurunan FDI sebanyak 50 peratus, Singapura (37 peratus), Indonesia (24 peratus) dan Vietnam (10 peratus).

Walau bagaimanapun, Filipina mencatatkan peningkatan dalam aliran masuk pelaburan asing iaitu sebanyak 29 peratus atau 6.4 bilion Dolar Amerika Syarikat (RM25.9 bilion).

“Biar angka dan data berbicara.

“Malaysia dahulu antara negara paling tinggi mencatatkan nilai pelaburan asing di ASEAN, tetapi sekarang menjadi paling teruk. Benar-benar mengecewakan.

“Jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan kerana negara ASEAN yang lain juga turut menghadapi ancaman yang serupa.”

Demikian kata bekas Menteri Perdagangan Dalam Neger dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk makluman, Malaysia terus mencatatkan aliran keluar pelaburan asing apabila beberapa syarikat luar termasuklah sektor automotif seperti Hyundai memindahkan ibu pejabat Asia Pasifik ke Indonesia.

Pemindahan tersebut melibatkan nilai pelaburan asing (FDI) bernilai RM4.02 bilion masuk ke negara jiran.

Sementara itu, Indonesia pula terus mencatatkan pertumbuhan dalam pelaburan asingnya apabila beberapa syarikat seperti LG Chem menanam modal mereka sebanyak RM39.37 bilion di sana.

Begitu juga syarikat Toyota dan bateri CATL, masing-masing melabur sebanyak RM8.04 bilion dan RM20.09 bilion di Indonesia.

Kali terakhir Malaysia menerima pelaburan signifikan dari industri automotif ialah pada tahun 2016 dan 2017 apabila Geely dan Volvo membuka HQ untuk rantau ASEAN.

Kemeruduman ekonomi negara sebelum ini dilapor dipengaruhi serangan krisis kesihatan yang turut melanda negara-negara di seluruh dunia.

Namun, Malaysia menerima impak paling buruk apabila ketidakstabilan politik membuatkan pelabur asing semakin kurang keyakinan untuk melabur di negara ini ~ SM



Demikianlah Artikel FDI Malaysia 2020 Tercorot Di ASEAN?

Sekianlah artikel FDI Malaysia 2020 Tercorot Di ASEAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FDI Malaysia 2020 Tercorot Di ASEAN? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/fdi-malaysia-2020-tercorot-di-asean.html

Subscribe to receive free email updates: