Selepas 43 Tuduhan, Anggota Polis Marin Didakwa Lagi 101 Tuduhan Rasuah

Selepas 43 Tuduhan, Anggota Polis Marin Didakwa Lagi 101 Tuduhan Rasuah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas 43 Tuduhan, Anggota Polis Marin Didakwa Lagi 101 Tuduhan Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas 43 Tuduhan, Anggota Polis Marin Didakwa Lagi 101 Tuduhan Rasuah
link : Selepas 43 Tuduhan, Anggota Polis Marin Didakwa Lagi 101 Tuduhan Rasuah

Baca juga


Selepas 43 Tuduhan, Anggota Polis Marin Didakwa Lagi 101 Tuduhan Rasuah


Semalam.. Seorang anggota Pasukan Polis Marin didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas 43 pertuduhan rasuah berjumlah RM146,350 antara tahun 2016 hingga 2019.

Koperal Zubairi Abdul Mutalib, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.

Dia yang bertugas sebagai Ketua Jentera Bot Ronda di Pengkalan Polis Marin Kampung Acheh, Sitiawan, didakwa menerima suapan wang tunai daripada seorang individu berjumlah antara RM150 hingga RM4,750, setiap bulan mulai Mei 2016 hingga Julai 2019.

Ia sebagai satu dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap 18 bot nelayan sepanjang tempoh tersebut.

Dia dituduh di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dia turut dituduh dengan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan disambung semula pada Rabu bagi mendengar 101 lagi pertuduhan terhadapnya.
Hari ini.. beliau didakwa atas 101 lagi pertuduhan rasuah di mahkamah sama hari ini membabitkan wang tunai berjumlah RM243,040 yang diterima antara tahun 2016 hingga 2019.

IPOH: Anggota polis marin berpangkat koperal yang didakwa atas 43 tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam, didakwa atas 101 lagi pertuduhan rasuah di mahkamah sama hari ini membabitkan wang tunai berjumlah RM243,040 yang diterima antara tahun 2016 hingga 2019.

Zubairi Abd. Mutalib, 60, yang bertugas sebagai ketua jentera bot ronda yang berpangkalan di Kampung Acheh, Sitiawan bagaimanapun tidak mengaku salah atas semua pertuduhan dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Dia dituduh menerima wang tunai daripada tujuh individu berjumlah antara RM7,285 hingga RM123,390 antara Mei 2016 hingga Julai 2019.

Wang tunai itu diterima tertuduh sebagai dorongan untuk tidak melakukan suatu perbuatan perhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya untuk tidak mengambil tindakan terhadap beberapa bot nelayan milik individu terbabit sepanjang tempoh itu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Zubairi turut didakwa dengan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Untuk kesemua 144 pertuduhan, Zubairi didakwa sudah menerima sebanyak RM389,390 wang tunai membabitkan lapan individu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhamad Aizad Fakhri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM48,000 bagi kesemua 144 pertuduhan termasuk 43 pertuduhan yang dikenakan semalam dengan seorang penjamin.

Pendakwaan 101 pertuduhan terhadap Zubairi mengambil masa selama hampir 4 jam bermula jam 9 pagi dan ditangguhkan beberapa kali dan selesai pada pukul 1 tengah hari.

Mahkamah menetapkan 31 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. -UTUSAN ONLINE



Demikianlah Artikel Selepas 43 Tuduhan, Anggota Polis Marin Didakwa Lagi 101 Tuduhan Rasuah

Sekianlah artikel Selepas 43 Tuduhan, Anggota Polis Marin Didakwa Lagi 101 Tuduhan Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas 43 Tuduhan, Anggota Polis Marin Didakwa Lagi 101 Tuduhan Rasuah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/selepas-43-tuduhan-anggota-polis-marin.html

Subscribe to receive free email updates: