Judul : Sekali Lagi Anwar Dakwa Majoriti Dah Cukup..
link : Sekali Lagi Anwar Dakwa Majoriti Dah Cukup..
Sekali Lagi Anwar Dakwa Majoriti Dah Cukup..
Dakwaan yang dibuat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyatakan bahawa dirinya cukup sokongan majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri pernah dilakukan pemimpin terbabit ketika krisis politik yang berlaku pada Februari lalu.
Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kesemua pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum ini sepatutnya mencalonkan namanya sebagai Perdana Menteri ketika diminta Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan pendirian masing-masing.
Malangnya, katanya ketika itu semua sokongan itu telah beralih kepada Anwar yang telah mendakwa bahawa dirinya memiliki sokongan yang cukup untuk dilantik bagi jawatan berkenaan yang menyebabkan kedua-dua mereka tidak memperoleh sokongan majoriti dari Ahli-ahli Parlimen PH.
Baru-baru ini pula The Malaysian Insight melaporkan, Anwar dah ada lebih dari 114 Ahli Parlimen yang sokong rayuan dia..
PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat sokongan 114 hingga 115 ahli Parlimen untuk menyokong rayuan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempertimbangkan semula keputusan berhubung pengisytiharan darurat dan segera membatalkan penggantungan Parlimen.“Ahli Parlimen yang komited untuk menyokong darurat dan menggantung Parlimen mungkin tidak lebih dari 90 orang. 114, 155 ahli Parlimen menolak usul kerajaan PN. Itu tidak boleh dipertikaikan.“Ini adalah fakta umum. Jumlahnya lebih daripada cukup,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu menjawab pertanyaan dalam program Bicara Negarawan yang dianjurkan Majlis Profesor Negara mengenai dakwaan yang beliau mendapat sokongan dari 222 ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan berikutnya .
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bagaimana beliau memperoleh angka tersebut.
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.Namun begitu, katanya, beliau kini hanya menunggu ihsan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk beliau menyerahkan maklumat berikutnya kepada Baginda.“Tetapi yang ternyata sekarang dan tidak boleh disangkal adalah jumlah setakat ini yang menolak pandangan Perikatan Nasional (PN), perkara besar seperti darurat dan penggantungan Parlimen ditolak majoriti ahli Parlimen.“Sekarang untuk GPS Sarawak juga sedang membincangkan, saya tak tahu apa keputusannya.“Tentunya kalau ini (majoriti menolak keputusan PN) berlaku, mereka (Ahli Parlimen) yang komited mendokong darurat dan penggantungan Parlimen, jumlahnya mungkin tidak cukup 90 ahli Parlimen atau mungkin kurang,” katanya.Beliau berkata demikian dalam siaran langsung Program Minda Profesor Negara - Bicara Negarawan Siri-3 yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Majlis Profesor Negara pada Sabtu.Dalam pada itu, Anwar tidak menolak khabar angin yang mendakwa beliau menjalinkan kerjasama dengan UMNO.“Sekarang sampai ke tahap dimana kita mempunyai keupayaan, setelah melihat kepada kelemahan dan ketidaktentuan dasar dan kelompok dalam PN, kita mengumpul kekuatan pembangkang dan beberapa elemen dalam kerajaan termasuk UMNO.“Mereka berasakan negara ini harus diselamatkan. Kalau hendak fikir permusuhan lama, itu tidak ada kesudahannya. Saya boleh bangkitkan kenyataan, ini tidak menenangkan dan saya lemparkan kenyataan balas.“Tapi keadaan sekarang menuntut kita membuat sesuatu untuk menyelamatkan negara dengan garis dasar yang jelas,” ujarnya lapor AstroAwani
Demikianlah Artikel Sekali Lagi Anwar Dakwa Majoriti Dah Cukup..
Sekianlah artikel Sekali Lagi Anwar Dakwa Majoriti Dah Cukup.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sekali Lagi Anwar Dakwa Majoriti Dah Cukup.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/sekali-lagi-anwar-dakwa-majoriti-dah.html