Judul : Takut Apa Dengan Syed Saddiq Tu?
link : Takut Apa Dengan Syed Saddiq Tu?
Takut Apa Dengan Syed Saddiq Tu?
Betul apa kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi ni.. nak takut apa dengan Parti yang Syed Saddiq tubuhkan tu?
Bajet dah diluluskan dengan mudah walaupun sebelum itu pihak PH dok pong pang.. pong pang nak tolak kononnya.. kononnya laaaa.. tapi sembang saja deraih bak kata budak-budak sekarang ni.. "Sembang Kari.."
Muhyiddin dah boleh kekal sebagai Perdana Menteri hingga darurat tamat.. luluskan saja Parti Syed Saddiq tu.. tak ke mana pun...
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin meluluskan pendaftaran parti Muda, yang diasaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman.Puad berkata, tidak ada apa yang perlu PN takutkan dengan parti Muda, memandangkan Belanjawan 2021 sudah diluluskan di Dewan Rakyat, manakala Muhyiddin Yassin pula boleh kekal menjadi perdana menteri sehingga darurat ditamatkan.“Elok kerajaan PN luluskan sahaja Muda. Lagipun, takut apa dengan Syed Saddiq. Bajet 2021 sudah lulus, Muhyiddin boleh terus jadi perdana menteri sampai darurat ditamatkan. Apa pun, jangan main-main dengan Hamzah, dia sangat berkuasa.“Dia menteri jaga polis, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Dahulu Hamzah melutut dengan Dr Mahathir Mohamad, sekarang Mahathir melutut dengan Hamzah untuk daftar Pejuang,” katanya dalam kenyataan.FMT sebelum ini melaporkan, dalam afidavit mengejutkan difailkan di mahkamah, Syed Saddiq mendakwa Hamzah “memujuknya” menyokong kerajaan jika mahu pendaftaran parti Muda pimpinannya diluluskan.Syed Saddiq berkata, perkara itu berlaku di Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan belanjawan ketika beliau membincangkan perkara itu dengan Hamzah kerana JPPM berada bawah bidang kuasa Hamzah.Awal bulan ini, 13 penaja Muda yang diketuai Syed Saddiq memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan JPPM dan menteri menolak pendaftaran parti itu.Mereka juga mahu memaksa JPPM mendaftarkan Muda sebagai parti politik dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah mahkamah.Pada 6 Jan, JPPM menolak permohonan pendaftaran Muda tanpa memberikan sebab khusus.Muda memfailkan permohonan untuk mendaftarkan parti itu pada 17 Sept dan mengemukakan perlembagaannya yang disemak semula pada 6 Okt lapor FMT
Takut apa kat Parti Syed Saddiq tu?
Demikianlah Artikel Takut Apa Dengan Syed Saddiq Tu?
Sekianlah artikel Takut Apa Dengan Syed Saddiq Tu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Takut Apa Dengan Syed Saddiq Tu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/takut-apa-dengan-syed-saddiq-tu.html