Judul : Amaran Dari Anonymous Malaysia Kepada Kerajaan Malaysia..
link : Amaran Dari Anonymous Malaysia Kepada Kerajaan Malaysia..
Amaran Dari Anonymous Malaysia Kepada Kerajaan Malaysia..
Kali terakhir kumpulan ini muncul adalah pada tahun 2015 bagi menyatakan sokongan kepada gerakan Bersih 4.0 dan mengancam untuk melancarkan serangan siber kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meletakkan jawatan.
Kumpulan tersebut mendesak Najib untuk meletak jawatan jika mahu mengelak serangan siber ke atas Malaysia.
Anonymous mendakwa serangan dirancang itu bakal menjadi serangan yang melumpuhkan rangkaian internet terbesar di dunia.
Laman web yang menjadi sasaran utama adalah laman milik 1MDB, NajibRazak.com, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis diRaja Malaysia(PDRM).
Anonymous turut mengancam untuk melancarkan serangan terhadap 150 laman web lain dalam tempoh 48 jam jika permintaan mereka ditolak.
Dan pakar keselamatan siber, Fazli Azran, menganggap ugutan yang dibuat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysia perlu dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia ketika itu.
Fazli yang juga ketua Open Application Web Security Project (OWASP) Malaysia Chapter pada ketika itu menasihati agar pentadbir sistem, rangkaian dan keselamatan bertindak segera, kemas kini sistem perlu dilakukan segera untuk mengelak laman web digodam.
Itu pada tahun 2015..
Semalam.. Tiba-tiba Anonymous Malaysia (Anonymous) muncul kembali dengan sebuah mesej amaran yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia..
Malay Mail melaporkan..
KUALA LUMPUR, 26 Jan ― Satu mesej berbaur amaran telah dikeluarkan membabitkan sistem keselamatan dalam talian pelbagai agensi milik kerajaan.Memuat naik video ugutan tersebut di Facebook, akaun Anonymous Malaysia mengingatkan pihak berwajib bersedia berdepan kemungkinan berlaku aktiviti penggodaman melibatkan sistem dalam talian kerajaan.Jelas pengendali akaun tersebut, tindakan itu sebagai 'pengajaran' berikutan kelemahan sistem keselamatan dalam talian negara ini sehingga menyebabkan maklumat peribadi pengguna terdedah kepada pihak tidak bertanggungjawab.“Hello Malaysia. Ini adalah amaran kepada kerajaan Malaysia. Sudah tiba masa anda membuka mata setelah lama kami berdiam diri. Bersedialah. Kami tidak memaafkan, kami tidak lupa, nantikan kami,” katanya.Jenayah siber melibatkan penggodaman sistem dalam talian di negara ini bukan suatu yang baharu.Sebelum ini, pelbagai kes berlaku membabitkan penggodaman sistem dalam talian dan laman web agensi berkepentingan kerajaan termasuk milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun lalu.Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang mengakui terdapat usaha berterusan pihak tidak bertanggungjawab yang sentiasa cuba menggodam maklumat Kementerian Keselamatan Pertahanan dan ATM ~ Laporan penuh sila lihat di SINI
Video yang dimaksudkan sila lihat di SINI
Demikianlah Artikel Amaran Dari Anonymous Malaysia Kepada Kerajaan Malaysia..
Sekianlah artikel Amaran Dari Anonymous Malaysia Kepada Kerajaan Malaysia.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amaran Dari Anonymous Malaysia Kepada Kerajaan Malaysia.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/amaran-dari-anonymous-malaysia-kepada.html