RM300 Dibayar Setiap Satu Undi Di PRN Melaka?

RM300 Dibayar Setiap Satu Undi Di PRN Melaka? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM300 Dibayar Setiap Satu Undi Di PRN Melaka?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM300 Dibayar Setiap Satu Undi Di PRN Melaka?
link : RM300 Dibayar Setiap Satu Undi Di PRN Melaka?

Baca juga


RM300 Dibayar Setiap Satu Undi Di PRN Melaka?


AYER KEROH: Barisan Nasional (BN) sedang mengumpul maklumat berhubung berlaku cubaan memberikan rasuah kepada pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada beberapa pihak termasuk calon BN yang mendakwa perkara itu berlaku sepanjang kempen pilihan raya.

Walau bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berkenaan pihak dan lokasi yang terlibat kerana sedang mengumpul bukti untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Kita terima laporan rasuah kepada pengundi dalam bentuk wang ringgit, ada satu laporan RM50, ada RM100, ada satu laporan RM300 di satu DUN tertentu.

“Laporan ini akan disertakan dengan bukti kerana kita mahu menghentikan pembelian undi menggunakan wang ringgit.

“Oleh itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis kena pantau sebegini. Mereka tidak suka sikap ini, silalah tampil ke hadapan dan sertakan bukti supaya perkara ini dapat dihentikan,” katanya hari ini.

Ahmad berkata demikian dalam slot Sembang Politik PRN Melaka MMTV yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Utusan Online.


Demikianlah Artikel RM300 Dibayar Setiap Satu Undi Di PRN Melaka?

Sekianlah artikel RM300 Dibayar Setiap Satu Undi Di PRN Melaka? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM300 Dibayar Setiap Satu Undi Di PRN Melaka? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/11/rm300-dibayar-setiap-satu-undi-di-prn.html

Subscribe to receive free email updates: