Ada Mikrochip Dalam Vaksin COVID-19?.. Betul Ke?

Ada Mikrochip Dalam Vaksin COVID-19?.. Betul Ke? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada Mikrochip Dalam Vaksin COVID-19?.. Betul Ke?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada Mikrochip Dalam Vaksin COVID-19?.. Betul Ke?
link : Ada Mikrochip Dalam Vaksin COVID-19?.. Betul Ke?

Baca juga


Ada Mikrochip Dalam Vaksin COVID-19?.. Betul Ke?


Terlalu banyak mitos diperkatakan berkaitan vaksin Covid-19 termasuk segelintir pihak mendakwa pembuatan vaksin ini adalah hasil daripada konspirasi kuasa Barat dengan mencipta virus Covid-19.

Pihak ini kemudiannya mencipta pula vaksin bagi tujuan ia dijual dan mendapat keuntungan besar daripadanya. Bukan setakat itu sahaja, mereka mendakwa vaksin itu adalah salah satu daripada usaha untuk membunuh masyarakat dunia bagi mengurangkan populasi.

Mitos dan teori konspirasi ini adalah tidak benar sekali. Mana mungkin sebuah negara yang berdaulat ingin membunuh rakyat mereka sendiri? 

Kita lihat dari sudut sejarah pembinaan dan pembangunan vaksin sekalipun sejak daripada berpuluh-puluh tahun bahawa vaksin itu menyelamatkan umat manusia. Lebih dari 20 juta kanak-kanak diselamatkan sejak daripada pemberian vaksin Polio dan lain-lain.

Masyarakat dunia bukan semakin berkurang daripada jumlah dua billion pada satu ketika dahulu dan sekarang ini sudah pun mencecah kepada tujuh billion. 

Manusia akan semakin bertambah, ini adalah hasil daripada kesihatan manusia yang semakin baik. Antara salah satu daripada faktornya adalah pemberian vaksin. 

Begitu juga dengan pembinaan vaksin Covid-19 ini adalah untuk mengekang supaya ramai lagi manusia dapat diselamatkan dari virus ini, bukan untuk membunuh mereka.

Bill Gates salah seorang daripada penyumbang terbesar dalam pembuatan vaksin Covid-19 ini dituduh sebagai berkomplot untuk memasukkan nanochip semata-mata ingin mengawal manusia dan akhirnya membunuh manusia melalui nanochip dan gelombang 5G.

Bagaimanapun, ia bukan kali pertama Gates menjadi sasaran pereka teori konspirasi.

Ketika virus Zika tercetus di Brazil pada 2015, beliau adalah antara individu berpengaruh yang dituduh bertanggungjawab atas penyakit berkenaan.

Gates telah menafikan dakwaan tersebut:

WASHINGTON: Bill Gates, antara individu terkaya di dunia, semalam menyangkal teori konspirasi tular dalam talian yang menuduh beliau mencipta wabak COVID-19.

"Ia adalah kombinasi buruk pandemik bersama media sosial, dan orang ramai mencari penjelasan sangat mudah," kata pengasas Microsoft itu dalam satu temu bual CNN Town Hall.

"Yayasan kami sudah menyumbang lebih banyak wang membeli vaksin bagi menyelamatkan nyawa berbanding mana-mana kumpulan lain," kata Gates... laporan penuh sila baca di SINI

Peranti nanochip dan 5G ini juga satu daripada mitos yang tidak benar. Pakar terlibat dalam peranti nanochip teknologi menafikan bahawa wujudnya peranti sekecil itu dalam dunia buat masa ini. 

Sudut teorinya ia memang ada tetapi realitinya tidak pernah wujud peranti bentuk nano. Bahkan 5G sendiri pun masih lagi dalam pembangunan di seluruh dunia. 

Negara kita sendiri pun masih belum lagi mencapai tahap 5G.

Vaksin Covid-19 jenis mRNA yang dikeluarkan oleh Pfizer-BioNTech dan Moderna dituduh boleh mengubah DNA manusia sehinggakan manusia akan menjadi zombie pada masa depan.

Mitos seperti ini terus berlegar dalam kalangan manusia yang jahil dalam ilmu. 

Teknologi mRNA adalah satu teknologi yang baru dalam membina vaksin Covid-19 ini. 

Itu adalah ulasan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah mengenai mitos microchip di dalam Vaksin COVID-19.

Berikut adalah kenyataan dari Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon pula.. 

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon berkata, vaksin COVID-19 adalah selamat dan tidak mengandungi mikrocip yang akan mengawal minda manusia.

Menjawab persoalan berhubung teori konspirasi yang mendakwa vaksin berkenaan mengandungi mikrocip, Dr Rohaizat berkata, kaedah Messenger RNA (mRNA) yang digunakan dalam penghasilan vaksin sudah terbukti selamat dan berkesan.

"mRNA adalah sangat kecil, kita tidak boleh memasukkan mikrocip di dalamnya dan juga ia tidak berinteraksi dengan genom manusia," katanya dalam rancangan Bernama TV's Mid-day Update dikendalikan Jessy Chahal, hari ini.

Justeru, beliau menggesa masyarakat mempercayai mesej rasmi atau maklumat daripada laman rasmi kerajaan dan kajian literatur yang boleh dipercayai berkaitan vaksin.

Katanya, orang ramai boleh merujuk kepada Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang mengandungi maklumat termasuk jenis vaksin COVID-19 digunakan kerajaan, kemudahan penyimpanan vaksin dan pandangan sudut keagamaan mengenai panduan vaksin dan imunisasi.

Dr Rohaizat berkata, vaksin COVID-19 tidak akan menyebabkan kesan sampingan berbahaya jangka panjang terhadap kesihatan.

"Setakat ini, kajian dari negara lain menunjukkan vaksin ini selamat. Sepanjang yang kita ketahui, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura mendahului kita (pelaksanaan program imunisasi), jadi Malaysia boleh mempelajari serta mengkaji semula prestasi, kekurangan dan pencapaian mereka," katanya... 

laporan penuh sila baca di SINI

mRNA adalah sangat kecil, kita tidak boleh memasukkan mikrochip di dalamnya..?Apa itu mRNA pula?

Kita baca apa Pensyarah dan juga Ketua Jabatan Sains Hayat Farmaseutikal, Fakulti Farmasi, Universiti Malaya, Dr Nur Akmarina Binti Mohd Said tulis pasal mRNA ini..

Vaksin dari syarikat farmaseutikal Pfizer ini bukanlah seperti vaksin konvensional lain yang dibuat dari virus itu sendiri ataupun proteinnya. Sebaliknya, ia dibuat dari mRNA (messenger RNA). Vaksin mRNA COVID-19 ini dijangkakan menjadi vaksin pertama yang menggunakan teknologi mRNA yang bakal diluluskan FDA.

Secara prinsipnya, vaksin berfungsi untuk ‘melatih’ sistem imun mengenalpasti sesuatu jangkitan. Selepas pengenalpastian ini, sistem imun akan menghasilkan antibodi yang mampu meneutralkan virus sebenar. Untuk proses ‘latihan’ ini, vaksin selalunya diberi dalam bentuk virus yang telah dilemahkan atau dinyahaktifkan. Namun, vaksin yang bakal diterima oleh rakyat Malaysia ini menggunakan teknologi mRNA.

mRNA (messenger RNA atau RNA utusan) adalah molekul RNA untaian tunggal (single-stranded molecule) yang menyamai urutan genetik sesuatu gen. Sukar untuk faham? Baik, kita mudahkan.

Anda tentu tahu DNA? Ya, DNA adalah kod genetik di dalam setiap organisma, termasuk virus. DNA juga berfungsi untuk menghasilkan pelbagai protein di dalam organisma untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu. 

Sebagai contoh, spike protein di permukaan virus COVID-19. Spike protein ini adalah struktur molekul yang bertanggungjawab untuk kemasukan virus COVID-19 ke dalam sel manusia dan menyebabkan jangkitan.

Untuk suatu DNA menghasilkan protein, ia perlu diduakan kepada suatu salinan genetik yang dipanggil mRNA. mRNA ini mempunyai kod genetik yang hampir sama seperti DNA, dan ia akan diproses oleh ribosom di dalam sel, untuk menghasilkan protein.


Jadi, secara asasnya, vaksin mRNA COVID-19 yang diberi kepada seseorang akan menghasilkan protein yang menyerupai spike protein virus tersebut. Bezanya, spike protein yang dihasilkan oleh vaksin mRNA ini adalah tidak berbahaya, dan tidak menyebabkan jangkitan. 

Walaubagaimanapun, protein ini masih mampu dikenalpasti oleh sistem imun kita untuk penghasilan antibodi. Antibodi inilah yang akan melindungi kita sekiranya kita dijangkiti virus sebenar.

Vaksin mRNA COVID-19 akan diberi secara suntikan di bahagian atas otot lengan. Sel-sel otot inilah yang akan membantu mRNA ini diterjemahkan (translation) kepada protein. Perlu diketahui juga, walaupun vaksin mRNA yang diberi ini memasuki sel, tetapi tidak akan memasuki nukleus sel dimana DNA kita disimpan. Proses penterjemahan mRNA ke protein hanya berlaku di bahagian sitosol sel. 

Dengan itu, mRNA tidak akan berinteraksi atau mempengaruhi DNA manusia. Selepas protein ini dihasilkan, sel-sel otot akan memusnahkan dan menyingkirkan mRNA tersebut.

Maklumat sepenuhnya dan lain-lain info silalah baca di SINI

 
Kesimpulannya... malas membaca menjadikan kita mudah diperbodohkan.. 

Fikir-fikirkan...


Demikianlah Artikel Ada Mikrochip Dalam Vaksin COVID-19?.. Betul Ke?

Sekianlah artikel Ada Mikrochip Dalam Vaksin COVID-19?.. Betul Ke? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada Mikrochip Dalam Vaksin COVID-19?.. Betul Ke? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/ada-mikrochip-dalam-vaksin-covid-19.html

Subscribe to receive free email updates: