Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit?

Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit?
link : Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit?

Baca juga


Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit?


Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menulis...

Semalam buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mengulas mengenai perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dengan menyebut di dalam blog beliau: “Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti…”

Sebelum ini di dalam blog beliau pada 1 Mac 2020 juga Tun Dr Mahathir pernah menyebut: “Saya letak jawatan kerana… saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri.

Ada bagus juga tulisan Tun Dr Mahathir di dalam blog beliau kali ini kerana setidak-tidaknya beliau sudah kembali mengaku bahawa beliau memang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020 itu.

Ini sudah satu peningkatan berbanding kenyataan lisan Tun Dr Mahathir di hadapan para penyokong beliau di TH Hotel Alor Setar pada 18 Julai 2020 dalam mana beliau menyebut: “Tidak benar yang saya ini letak jawatan, saya terpaksa digugur.”

Begitu juga dengan satu lagi kenyataan lisan Tun Dr Mahathir di Parlimen pada 13 Ogos 2020 dalam mana beliau menyebut: “Sebenarnya tak ada perletakan jawatan, saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaan, iaitu saya terletak jawatan”.

Dalam banyak-banyak perkara yang terdapat dalam buku beliau, saya boleh bersetuju dengan Tan Sri Tommy Thomas bahawa Tun Dr Mahathir adalah “pengkhianat sangat besar” kepada PH kerana meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Saya juga boleh bersetuju dengan Lim Kit Siang yang hari ini menyesali sikap Tun Dr Mahathir yang masih enggan bertanggungjawab atas kesilapan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tatkala beliau masih mendapat sokongan majoriti MP.

Dakwaan Tun Dr Mahathir semalam dan sebelumnya bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana PH telah hilang sokongan majoriti MP atau kerana beliau sendiri telah hilang sokongan majoriti MP adalah pembohongan semata-mata.

Turutan masa peristiwa-peristiwa ini berlaku jelas mendedahkan mengenai pembohongan ini: 

(1) Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM pada jam 1:00 tengahari 24 Februari 2020. 

(2) Tan Sri Muhyiddin umum bawa BERSATU keluar daripada PH pada jam 2:04 petang 24 Februari 2020. 

(3) Datuk Seri Azmin Ali umum beliau dan 10 MP PKR lain keluar daripada PKR pada jam 2:19 petang 24 Februari 2020.

Tidakkah jelas daripada turutan masa peristiwa-peristiwa ini berlaku bahawa PH belum hilang sokongan majoriti MP sewaktu Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM kerana Tan Sri Muhyiddin hanya umum bawa BERSATU keluar daripada PH dan Datuk Seri Azmin Ali hanya umum beliau dan 10 MP PKR lain keluar daripada PKR selepas, dan sebagai akibat daripada, Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM?

Kalaupun Tan Sri Muhyiddin memang berhasrat untuk bawa BERSATU keluar daripada PH serta Datuk Seri Azmin Ali dan 10 MP PKR lain memang berhasrat untuk keluar daripada PKR sekalipun, selagi perkara ini tidak berlaku PH masih belum hilang sokongan majoriti MP dan masih boleh melakukan banyak perkara untuk mengatasi kemungkinan kedua-dua perkara ini berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir tidak hantar surat perletakan jawatan sebagai PM.

Tun Dr Mahathir sendiri tidak pernah hilang sokongan majoriti MP sewaktu beliau hantar surat perletakan jawatan sebagai PM kerana Tan Sri Muhyiddin telah umum bahawa kesemua MP BERSATU tetap menyokong penuh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, begitu juga dengan Datuk Seri Azmin Ali dan 10 MP PKR lain, malah MP-MP UMNO dan PAS pun, yang telah menyebut akan menyokong penuh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Hakikatnya ialah Tun Dr Mahathir mempunyai perancangan dan membuat keputusan sendiri tanpa merujukkan kepada kawan-kawan beliau di dalam PH untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tatkala PH dan beliau sendiri tidak pernah hilang sokongan majoriti MP serta untuk kemudiannya mengetuai sebuah Kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti yang sekali gus akan memberikan kuasa penuh tanpa sebarang gangguan daripada PH, khasnya PKR.

Itulah cerita sebenarnya yang selari dengan pendedahan Pegawai Media Tun Dr Mahathir bernama Shamsul kepada Tan Sri Tommy Thomas yang tiba di Pejabat Perdana Menteri pada jam 2.00 petang 24 Februari 2020 bahawa beliau hanya mengetahui keputusan Tun Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan sekitar jam 9.00 pagi hari itu dan bahawa beliau tidak fikir bahawa Tun Dr Mahathir ada berunding dengan sesiapa sebelum membuat keputusan tersebut.

Terang lagi nyata Tun Dr Mahathir adalah “pengkhianat sangat besar” kepada PH.

TUN DR MAHATHIR: PEMBELIT YANG TERBELIT? Semalam buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mengulas mengenai perletakan...

Posted by Kamarul Yusoff on Wednesday, 3 February 2021



Demikianlah Artikel Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit?

Sekianlah artikel Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/akhirnya-pembelit-dah-terbelit.html

Subscribe to receive free email updates: