'Bekas PM' Bidas PM.. Kemudiannya 'Bekas PM' Bidas 'Bekas PM' Pula..

'Bekas PM' Bidas PM.. Kemudiannya 'Bekas PM' Bidas 'Bekas PM' Pula.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Bekas PM' Bidas PM.. Kemudiannya 'Bekas PM' Bidas 'Bekas PM' Pula.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Bekas PM' Bidas PM.. Kemudiannya 'Bekas PM' Bidas 'Bekas PM' Pula..
link : 'Bekas PM' Bidas PM.. Kemudiannya 'Bekas PM' Bidas 'Bekas PM' Pula..

Baca juga


'Bekas PM' Bidas PM.. Kemudiannya 'Bekas PM' Bidas 'Bekas PM' Pula..


Atau "PM7 bidas PM8.. Kemudiannya PM6 bidas PM7 pula.." boleh juga dijadikan sebagai tajuk tu..

Dalam buku kontrovesinya “My Story: Justice In Wilderness”, Thomas mendakwa Mahathir gagal menguruskan kerajaan PH dengan ketegasan yang dipamerkan semasa menerajui negara dari 1981 sehingga 2003.

Namun pandangan itu ditolak Mahathir yang mengupas kejayaan kerajaan pimpinan beliau selama 22 bulan sebelum dijatuhkan oleh Muhyiddin Yassin dan penyokongnya yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional.

Mahathir berkata anggapan bekas peguam negara itu tersasar dan PH sebenarnya mencapai banyak perkara, sungguhpun tidak memperolehi majoriti 2/3 pada pilihan raya umum 2019.

“Hanya pembangkang sahaja mengkritik bahawa kerajaan (PH) bukan Melayu, selain daripada itu prestasi kerajaan amat baik,” kata Mahathir.

Mahathir berkata selama 22 tahun menjadi PM bawah Barisan Nasional, “saya boleh bekerja dengan penuh keyakinan, kerana mempunyai sokongan 2/3 Ahli Parlimen.”

Mahathir berkata walaupun tidak mempunyai kelebihan itu apabila kembali menjadi perdana menteri pada 2018 bawah teraju PH, parti komponen PH atau parti yang mesra gabungan itu tidak menghalang kerja beliau.

“Saya dapat melakukan banyak benda. Contohnya, saya mampu menubuhkan kerajaan tanpa berasaskan prestasi parti komponen PH,” kata Mahathir.

“Walaupun DAP mempunyai 42 Ahli Parlimen dan PPBM cuma ada 13, dalam Jemaah Menteri (saya) mereka masing-masing mempunyai enam menteri. Jadi ini mencerminkan perwakilan sama rata dalam Jemaah Menteri.

“Seterusnya saya berjaya memperolehi persetujuan Jemaah Menteri ke atas sebahagian besar tindakan yang perlu saya lakukan. Saya dapat tangani krisis kewangan, hutang (negara), menyingkirkan ahli politik yang menerajui syarikat dan institusi (berkaitan kerajaan),” tambah beliau.

Mahathir berkata beliau juga memastikan pegawai kanan awam yang terbabit dalam rasuah berundur.

“Saya dapat melakukan penyesuaian yang perlu untuk memastikan saya mempunyai sokongan sebuah pentadbiran yang mantap,” kata Mahathir.

Mahathir menyifatkan prestasi kerajaan PH pimpinannya jauh lebih baik berbanding pentadbiran Muhyiddin yang disifatkannya begitu rapuh.

Beliau berkata PH tidak mempunyai masalah kerapuhan sedemikian untuk mentadbir negara, sehinggalah Muhyiddin bertindak mengeluarkan PPBM dari PH, bersama Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya dalam PKR..

Bagaimanapun kemudiannya... Bekas Perdana Menteri ke-6 (Najib) pulak muncul membidas dakwaan bekas Perdana Menteri ke-7 (Tun Mahathir) itu..

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menepis dakwaan Dr Mahathir Mohamad, prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan amat baik kerana berjaya menangani krisis kewangan dan hutang negara.

Najib berkata, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia khususnya tidak akan lupa “sumbangan” kerajaan PH, malah beliau percaya perdana menteri ke-7 itu mendapat laporan palsu daripada menteri kewangan dan menteri ekonomi ketika itu.

“Untuk maklumat Mahathir, semasa pentadbiran PH yang “amat baik”, pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia, dikalahkan Zimbabwe. Nisbah hutang negara naik dari 48.7% ke 54.4% setelah PH menambah hutang negara sebanyak RM140 bilion.

“Defisit negara untuk dua tahun berturut-turut lebih tinggi berbanding masa Barisan Nasional (BN). Pertumbuhan KDNK negara 2019 menjadi paling lemah sejak 10 tahun lalu, sebelum krisis Covid-19,” katanya di Facebook.

Najib berkata, semasa pentadbiran PH negara mengalami aliran keluar dana asing sebanyak RM25 bilion pada 2018 dan 2019, berbanding aliran masuk dana asing sebanyak RM11 bilion pada 2017.

“Malah, hibah dan dividen-dividen tabung rakyat menjadi paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun tersebut. Manakala, aset bersih Khazanah Nasional Berhad jatuh dari RM116 bilion ke RM73 bilion setelah PH menjual aset negara secara lambak.

“Bahkan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) diturunkan penarafan dua kali setelah PH jarah RM84 bilion dari rizab tunai RM176 bilion ditinggal BN. Serta, eksport negara semakin turun sehingga menjadi pertumbuhan negatif pada 2019,” katanya.

Najib turut mengingatkan Mahathir mengenai situasi hubungan Malaysia di peringkat antarabangsa ketika pemerintahannya, yang tegang ketika itu serta kenyataannya sebelum ini supaya rakyat mengikat perut dan tidak iri hati atas kekayaan dimiliki orang kaya.

“Negara tidak alami apa-apa krisis ekonomi sebelum Mahathir jadi perdana menteri ke-7 dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9%, kenaikan eksport 18.9%, penurunan defisit kerajaan dan nisbah hutang negara ke 2.9% dan 48.7% masing-masing.

“Serta, dividen KWSP paling tinggi sejak 20 tahun lalu, pasaran saham Malaysia menjadi pasaran saham paling lama menaik dalam dunia sehingga mencapai tahap tertinggi 1,896 mata sebulan sebelum pilihan raya umum ke-14,” katanya ~ FMT

Memang susahlah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.. sebab ada dua Bekas PM yang masih hidup dan menunggu langkahnya silap saja..

Silap saja.. kena bedal la dia... hmmm

Tapi bagus jugak ni.. ada check and balance..
 




Demikianlah Artikel 'Bekas PM' Bidas PM.. Kemudiannya 'Bekas PM' Bidas 'Bekas PM' Pula..

Sekianlah artikel 'Bekas PM' Bidas PM.. Kemudiannya 'Bekas PM' Bidas 'Bekas PM' Pula.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Bekas PM' Bidas PM.. Kemudiannya 'Bekas PM' Bidas 'Bekas PM' Pula.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/bekas-pm-bidas-pm-kemudiannya-bekas-pm.html

Subscribe to receive free email updates: