Tinggal Komen Lucah di Live MKN Guna FB Isteri.. macam ni punya laki pun ada? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tinggal Komen Lucah di Live MKN Guna FB Isteri.. macam ni punya laki pun ada?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Tinggal Komen Lucah di Live MKN Guna FB Isteri.. macam ni punya laki pun ada?link :
Tinggal Komen Lucah di Live MKN Guna FB Isteri.. macam ni punya laki pun ada?
Baca juga
Tinggal Komen Lucah di Live MKN Guna FB Isteri.. macam ni punya laki pun ada?
PETALING JAYA – Seorang wanita kesal selepas akaun Facebooknya digunakan oleh suaminya untuk memberi komen berbaur lucah di siaran langsung Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Perkara tersebut menjadi tular selepas komen berkenaan dikecam teruk oleh ramai pengguna Facebook.
Bagaimanapun, pemilik sebenar akaun tersebut yang dikenali sebagai Dilla, telah memuat naik satu hantaran status bagi menjelaskan keadaan sebenar.
“Akaun Facebook itu milik saya, Puan Dilla. Tiada kata-kata untuk saya ungkapkan sebagai seorang perempuan yang beragama Islam, seorang guru, seorang anak, seorang isteri.
“Apa tindakan saya sebagai seorang isteri yang bila mana suami menggunakan akaun Facebook saya meluahkan kata-kata seperti itu. Walaupun saya telah padam, benda dah tersebar. Saya rasakan ini ujian bagi saya. Allahuakbar,” katanya.
Beberapa jam selepas kenyataan pemilik akaun sebenar itu dimuat naik, seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan suami kepada wanita terbabit telah memuatnaik sebuah klip video pengakuan dan memohon maaf.
“Saya sebenarnya yang menulis komen itu menggunakan telefon isteri saya tanpa pengetahuannya. Sebenarnya, komen itu ditujukan kepada pihak kerajaan agar segera tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Jadi, saya minta abaikan komen tersebut. Saya akui status itu tidak elok dibaca oleh orang ramai,” jelasnya dalam sebuah video berdurasi lapan minit.
Menurutnya, komen itu telah dipadam kira-kira 10 minit kemudian tetapi sempat dirakam oleh pengguna lain.
Difahamkan, akaun Facebook milik kedua-dua pasangan suami isteri itu kini telah dinyah aktif. –
K! ONLINE
Demikianlah Artikel Tinggal Komen Lucah di Live MKN Guna FB Isteri.. macam ni punya laki pun ada?
Sekianlah artikel Tinggal Komen Lucah di Live MKN Guna FB Isteri.. macam ni punya laki pun ada? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tinggal Komen Lucah di Live MKN Guna FB Isteri.. macam ni punya laki pun ada? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/tinggal-komen-lucah-di-live-mkn-guna-fb.html