Kenapa Tak Majukan Seberang Perai Dulu, Sebelum Tambak Laut?

Kenapa Tak Majukan Seberang Perai Dulu, Sebelum Tambak Laut? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Tak Majukan Seberang Perai Dulu, Sebelum Tambak Laut?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Tak Majukan Seberang Perai Dulu, Sebelum Tambak Laut?
link : Kenapa Tak Majukan Seberang Perai Dulu, Sebelum Tambak Laut?

Baca juga


Kenapa Tak Majukan Seberang Perai Dulu, Sebelum Tambak Laut?


GEORGETOWN: Kerajaan negeri sepatutnya lebih menumpukan perhatian terhadap pembangunan kawasan baharu di Seberang Perai, dekat sini berbanding melaksanakan projek tambakan laut di perairan selatan (PSR).

Aktivis Penang Tolak Tambak, Khoo Salma Nasution berkata, kerajaan negeri memberi alasan projek PSR sangat penting bagi perkembangan ekonomi Pulau Pinang, namun sehingga kini pembangunan di kawasan Seberang Perai diabaikan.

“Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek PSR sebelum ini tidak menunjukkan siapa yang untung dan rugi apabila projek ini dijalankan.

“Selalu kita dengar kerajaan negeri sebut projek tambak laut ini adalah untuk perkembangan ekonomi tetapi mengapa tidak majukan Seberang Perai? Kawasan ini seperti dianaktirikan dari segi pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel untuk forum yang disiarkan secara langsung di Facebook bertajuk ‘Penambakan Laut dan Impak Kepada Alam Sekitar dan Iklim’ anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), di sini semalam.

Kira-kira 1,821 hektar tanah akan ditambak melalui PSR sebagai perjanjian pertukaran tanah untuk membiayai cadangan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion.

Projek mega bernilai berbilion ringgit itu merangkumi LRT, monorel dan tiga lebuh raya yang dijadualkan siap pada 2050.

Menurut Khoo Salma, mengikut kajian yang dijalankan oleh Profesor Hans-Dieter Evers dari University of Bonn, Jerman, kawasan yang ditambak di Pulau Pinang dan Singapura akan ditenggelami air laut dalam masa yang singkat akibat pemanasan global.

“Kajian sebegini telah ada, jadi mengapa projek PSR ini perlu diteruskan oleh kerajaan negeri sedangkan impak pada masa depan telah kita ketahui?,” soalnya.

Tambahnya, suara golongan nelayan yang berterusan menolak projek PSR itu juga tidak pernah didengari oleh kerajaan negeri dan pemaju projek berkenaan.

“Kita mahu pembangunan untuk kesejahteraan nelayan, mereka boleh tangkap sumber laut dan menjualnya.

“Laut di kawasan PSR ini adalah kawasan penangkapan nelayan turun-temurun, malah tempat ini kaya dengan biodiversiti hidupan laut. Jangan kita musnahkan tempat ini dengan melakukan tambakan laut,” katanya. 



Demikianlah Artikel Kenapa Tak Majukan Seberang Perai Dulu, Sebelum Tambak Laut?

Sekianlah artikel Kenapa Tak Majukan Seberang Perai Dulu, Sebelum Tambak Laut? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Tak Majukan Seberang Perai Dulu, Sebelum Tambak Laut? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/kenapa-tak-majukan-seberang-perai-dulu.html

Subscribe to receive free email updates: