Google, Microsoft, Amazon Akan Labur RM15 Bilion Di Malaysia?

Google, Microsoft, Amazon Akan Labur RM15 Bilion Di Malaysia? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Google, Microsoft, Amazon Akan Labur RM15 Bilion Di Malaysia?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Google, Microsoft, Amazon Akan Labur RM15 Bilion Di Malaysia?
link : Google, Microsoft, Amazon Akan Labur RM15 Bilion Di Malaysia?

Baca juga


Google, Microsoft, Amazon Akan Labur RM15 Bilion Di Malaysia?


Kerajaan semalam mengumumkan pelancaran rangka tindakan (blueprint) baru untuk ekonomi digital Malaysia yang menyaksikan tiga syarikat gergasi digital global bakal melabur antara RM12 hingga RM15 bilion dalam lima tahun akan datang untuk pusat data dan perkhidmatan awam di Malaysia.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan selain Telekom Malaysia, kerajaan memberikan kebenaraan bersyarat kepada Microsoft, Google dan Amazon untuk membangun dan mengurus pusat data dan perkhidmatan awan berskala hiper.

“Pusat data yang berskala hiper ini serta perkhidmatan awan hibrid atau hybrid cloud services, juga akan diwujudkan untuk menambah ruang penyimpanan data, mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan analisis,” katanya semasa berucap secara dalam talian ketika melancarkan inisiatif MyDigital, yang merangkumi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, satu hala tuju bagi fasa seterusnya dalam tranformasi digital negara ini.

Pelan itu turut akan meningkatkan literasi digital, mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, membantu urusan perbankan dan kewangan serta memberikan akses pendidikan secara maya dan membawa kemudahan perubatan ke pekan terpencil.

Muhyiddin hari ini turut mengumumkan beberapa inisiatif melibatkan jumlah berbilion ringgit termasuk RM21 bilion yang akan dilabur sepanjang lima tahun bagi memantapkan sambungan gentian optic seluruh negara di bawah projek Jalinan Digital Negara (Jendela), yang meliputi semua kawasan berpenduduk kepada sembilan juta premis menjelang penghujung tahun 2025.

Sejumlah RM1.65 billion akan dilaburkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi untuk memantapkan sambungan ke jaringan kabel dasar laut antarabangsa Ini akan membuka ruang untuk pemindahan data antarabangsa, yang lebih cepat dan stabil, sekali gus menurunkan kos internet kepada pengguna di negara ini.

RM15 bilion lagi akan dilaburkan dalam tempoh 10 tahun akan datang untuk pelaksanaan infrastruktur 5G ke seluruh negara.

Muhyiddin memberi jaminan semua syarikat telekomunikasi dilayan sama adil dalam pemberian lesen 5G, dengan mengatakan “semua akan mendapat akses infrastruktur yang sama rata, dalam memasarkan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka”.

“Maka, menjelang hujung tahun ini, teknologi 5G akan mula dinikmati oleh rakyat secara berperingkat. Dengan ini, Malaysia akan menjadi salah satu negara pertama di rantau ini yang membina ekosistem 5G menggunakan internet dan perkhidmatan awan dalam masa-sebenar atau real-time, untuk membolehkan maklumat dikongsi serta-merta.”

Beliau menggambarkan teknologi 5G sebagai “game changer”.

“Hal ini kerana 5G bukan sahaja sekadar menjanjikan capaian internet yang lebih laju, tetapi lebih penting dari itu, ia memungkinkan pelbagai aplikasi penting berada dalam genggaman pengguna, termasuk aplikasi-aplikasi pemantauan kesihatan bagi pesakit-pesakit kronik, bantuan kecemasan pintar, dan aplikasi-aplikasi khas bagi warga emas yang tinggal bersendirian.”

Sumber: MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Google, Microsoft, Amazon Akan Labur RM15 Bilion Di Malaysia?

Sekianlah artikel Google, Microsoft, Amazon Akan Labur RM15 Bilion Di Malaysia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Google, Microsoft, Amazon Akan Labur RM15 Bilion Di Malaysia? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/google-microsoft-amazon-akan-labur-rm15.html

Subscribe to receive free email updates: