Mahathir Cari 'Perumah' Baru Zahid Kata?

Mahathir Cari 'Perumah' Baru Zahid Kata? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir Cari 'Perumah' Baru Zahid Kata?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir Cari 'Perumah' Baru Zahid Kata?
link : Mahathir Cari 'Perumah' Baru Zahid Kata?

Baca juga


Mahathir Cari 'Perumah' Baru Zahid Kata?


Dalam biologi dan perubatan, perumah merupakan organisma pembawa parasit, mutualistik, atau komensalis (simbion) yang lazim mempunyai sumber makanan dan tempat perlindungan yanh ideal untuk hidupan yang menumpang dengannya - antara contohnya haiwan perumah parasit cacing (contohnya nematod), sel-sel perumah virus patogenik ataupun tumbuhan kekacang mutualistik bersama bakteria pengikat nitrogen.

Tumbuhan perumah membekalkan sumber makanan kepada mikropemangsa yang mempunyai hubungan evolusi yang stabil dengan perumah mereka seumpama ektoparasitisme. Sesekor organisma itu boleh mempunyai perumah pelbagai spesis dan jenis yang boleh meneruskan kebergantungan ia kepada suatu keperluan asas yang penting.

Tapi.. aku yakin bukan Perumah itu yang Presiden UMNO ini maksudkan..

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan kesediaannya untuk kembali kepada UMNO memperlihatkan beliau kini kehilangan hala tuju dalam perjuangan politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan mengambil kira senario semasa yang berlaku dalam politik negara, beliau menyifatkan tindakan terbaharu Dr Mahathir itu adalah cubaannya mencari ‘perumah’ baharu dalam politik untuk kepentingan dirinya.

Tulis Zahid di Facebook miliknya..

Siapa masih ingat kenyataan mantan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini?

“BN (Barisan Nasional) dah tak ada, dah ‘Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Yang ada hanyalah UMNO itupun sekadar pada nama sahaja"

“UMNO dah hancur, banyak ahli minta nak masuk PH dan BERSATU (PPBM). Yang tinggal nak jalan pun tak larat dah" [Tun Mahathir 21 Februari 2020]

"Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO. Tetapi UMNO sertai kerajaan campuran sebagai parti UMNO, ini tidak dapat diterima" [Tun Mahathir 26 Februari 2020]

Siapa masih ingat juga Tun Mahathir pada 9 November 2019 mengaku menyuruh saya membubarkan UMNO kerana UMNO dianggap sudah tiada.

Tiba-tiba kelmarin Tun Mahathir buat 'U-turn' paling drastik menyatakan beliau masih sayang UMNO dan bersedia kembali kepada UMNO.

Tetapi kononnya dengan syarat UMNO perlu kembali berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

Bagaimana agaknya perasaan penyokong dan pemimpin parti Pejuang lain mendengar kata-kata Tun Mahathir ini? Semoga tiada gua berhampiran mereka.

Saya fikir rakyat khususnya ahli UMNO boleh menjangkakan punca sebenar mantan Pengerusi PH dan PPBM ini membuat pusingan U setajam itu.

Ramai lihat beliau kini hilang hala tuju dalam memperjuangkan kepentingan politik peribadi dan kroni-kroninya selepas tidak lagi menjadi PM ke-7.

Presiden PPBM telah memecatnya. PH tidak lagi mempedulikannya. Kerajaan PN tidak luluskan pendaftaran parti baharunya.

Makanya perlu cari 'perumah' lain atau setidak-tidaknya kembali kepada 'perumah lama' untuk terus mendapatkan manfaat 'nutrisi'.

Rakyat juga tahu syarat yang ditetapkan beliau itu sekadar alasan. UMNO tidak pernah seinci berkalih daripada dasar perjuangannya.

Ia cuma argumentasi atau dalih untuk menjustifikasikan kehendak kembali kepada parti keramat ini.

Atau juga ia strategi sama beliau pada PRU14 untuk memainkan sentimen rasa hormat ahli UMNO bagi menumbangkan kerajaan BN.

Sejarah 2018 membuktikan siapa yang sebenarnya tidak lagi berpegang kepada dasar bangsa, negara dan agama demi kepentingan politik kendiri.

Persoalan seterusnya yang menimbulkan tanda tanya besar siapakah rombongan demi rombongan yang datang minta beliau buat sesuatu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO ketika itu?

Kalau Mahathir balik kepada UMNO.. yang ada dalam PEJUANG tu hendak ke mana agaknya?

Jangan kata tak mungkin Tun Mahathir akan balik kepangkuan UMNO.. sebab dalam politik di Malaysia ni.. Demi Kuasa.. Segalanya Mungkin.. 


Demikianlah Artikel Mahathir Cari 'Perumah' Baru Zahid Kata?

Sekianlah artikel Mahathir Cari 'Perumah' Baru Zahid Kata? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir Cari 'Perumah' Baru Zahid Kata? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/mahathir-cari-perumah-baru-zahid-kata.html

Subscribe to receive free email updates: