Malaysiakini Berjaya Kumpul RM505,000 Dalam Masa 4 Jam

Malaysiakini Berjaya Kumpul RM505,000 Dalam Masa 4 Jam - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysiakini Berjaya Kumpul RM505,000 Dalam Masa 4 Jam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysiakini Berjaya Kumpul RM505,000 Dalam Masa 4 Jam
link : Malaysiakini Berjaya Kumpul RM505,000 Dalam Masa 4 Jam

Baca juga


Malaysiakini Berjaya Kumpul RM505,000 Dalam Masa 4 Jam


RAYUAN Malaysiakini kepada orang ramai untuk membantu membayar denda sebanyak RM500,000 berjaya dibuat dalam tempoh beberapa jam sahaja hari ini.

Rayuan itu dilancarkan pada pukul 11.44 pagi dan kira-kira empat jam kemudian, portal berita mengumumkan ia berjaya mencapai sasarannya.

“Kami berjaya mengumpul lebih RM505,000 dalam tempoh empat jam sejak kami melancarkan pungutan derma. Perincian mengenai apa yang akan kami lakukan dengan dana tambahan akan kami buat. Terima kasih semua, daripada kami semua di Malaysiakini,” tulis portal beritu itu di Twitter pada pukul 4.30 petang.

Denda itu dijatuhkan pagi ini oleh Mahkamah Persekutuan selepas mendapati portal itu bersalah kerana menghina. Mahkamah juga memutuskan denda itu mesti dibayar dalam masa tiga hari bekerja bermula hari ini.

Sementara itu, kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia mengeluarkan kenyataan yang keputusan terhadap portal tersebut akan memberi kesan terhadap kebebasan akhbar di negara ini.

Ia berkata kebebasan bersuara, termasuk untuk anggota media dan masyarakat umum adalah asas wacana umum dan prinsip demokrasi yang menyokong kebertanggungjawaban dan pemerintahan yang baik.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah itu “mengejutkan”.

Beliau berkata rakyat Malaysia mesti memperjuangkan masyarakat yang lebih terbuka, adil dan bebas yang menjunjung kebebasan bersuara, akauntabiliti dan ketelusan, kedaulatan undang-undang, pemerintahan yang cekap dan berkesan, dan etika serta integriti awam dalam urusan kerajaan.

Pada Jun lalu, Peguam Negara Idrus Harun mengemukakan tuduhan penghinaan terhadap portal tersebut berhubung komen pembaca di laman web mengenai arahan ketua hakim mengenai prosiding mahkamah ketika perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

Mahkamah hari ini memberikan keputusan majoriti 6-1 yang tidak boleh dibuat rayuan.



Demikianlah Artikel Malaysiakini Berjaya Kumpul RM505,000 Dalam Masa 4 Jam

Sekianlah artikel Malaysiakini Berjaya Kumpul RM505,000 Dalam Masa 4 Jam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysiakini Berjaya Kumpul RM505,000 Dalam Masa 4 Jam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/malaysiakini-berjaya-kumpul-rm505000.html

Subscribe to receive free email updates: