PRU-15 Dijangka September Ini?

PRU-15 Dijangka September Ini? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU-15 Dijangka September Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU-15 Dijangka September Ini?
link : PRU-15 Dijangka September Ini?

Baca juga


PRU-15 Dijangka September Ini?


Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kemungkinan besar akan diadakan pada September tahun ini.

Jangkaan itu hadir setelah mengambil kira proklamasi da­rurat yang dijadualkan berakhir pada 1 Ogos atau suatu tarikh lebih awal jika kes positif Co­vid-19 dapat dikawal sekali gus menunjukkan bahawa September adalah masa sesuai untuk melaksanakan pilihan raya.

Ini dikuatkan lagi dengan penerimaan vaksin pada Ahad lalu dan program pemvaksinan Covid-19 melalui Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama 26 Februari nanti memberi petanda bahawa mandat akan diserahkan semula kepada rakyat dalam menentukan kerajaan yang layak mentadbir jika vaksin terbukti berkesan.

Pemerhati politik bebas, Arif Anwar Lokmanul Hakim tidak menafikan kerajaan mungkin mengambil langkah itu kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkin menawarkan pakej rangsangan ekonomi yang menawan hati rakyat di tengah-tengah penularan Covid-19 masih belum pulih.

“Apa sahaja boleh berlaku. Kalau lihat gambar dan video yang tersebar dalam media sosial ada bendera PN yang dicetak ini turut menunjukkan mungkin PRU-15 akan berlangsung pada September.

“Selain itu, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 juga akan dibentangkan tidak lama lagi yang menumpukan kepada usaha-usaha memantapkan ekonomi negara dan memastikan kehidupan yang wajar untuk rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Januari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang untuk mengadakan PRU-15 setelah pandemik Covid-19 berjaya dikawal dengan bekalan vaksin mula diagih kepada rakyat.

Bagaimanapun, wujud pandangan berbeza daripada Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun, apabila program pemvaksinan tidak menjamin jangkitan Covid-19 akan menurun dengan cepat kerana sekurang-kurangnya mengambil masa setahun atau lebih sebelum kesan pemulihan berkumpulan terbukti.

“Lagipun, kadar sokongan pengundi terhadap PN terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih kurang memuaskan. Jadi, masih tidak jelas untuk kerajaan melaksanakan PRU-15,” kata Ei Sun.

Geostrategis Universtiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, tidak menolak bahawa pemvaksinan menyum­bang kepada penurunan kes jangkitan Covid-19 menyorot Israel yang sudah memvaksinkan 40 peratus penduduknya dan merekodkan 70 peratus jangkitan menurun di negara itu.

Bagaimanapun, berbeza dengan situasi di negara ini yang hanya memulakan vaksinasi beberapa hari lagi untuk 500,000 petugas barisan hadapan pada fasa pertama atau 1.5 peratus penduduk dan tidak melibatkan golongan berumur, rentan dan muda.

“Masih tidak cukup untuk membuat kesimpulan. Mungkin pada suku keempat tahun ini apabila fasa kedua vaksin Covid-19 berakhir barulah nampak sama ada kes menurun secara mendadak atau sebaliknya,” katanya.

Sumber: Utusan


Demikianlah Artikel PRU-15 Dijangka September Ini?

Sekianlah artikel PRU-15 Dijangka September Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU-15 Dijangka September Ini? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/02/pru-15-dijangka-september-ini.html

Subscribe to receive free email updates: