ADUN Lompat: Hang Nak Pujuk Diri Sendiri Ka Ni Mahfuz?

ADUN Lompat: Hang Nak Pujuk Diri Sendiri Ka Ni Mahfuz? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN Lompat: Hang Nak Pujuk Diri Sendiri Ka Ni Mahfuz?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN Lompat: Hang Nak Pujuk Diri Sendiri Ka Ni Mahfuz?
link : ADUN Lompat: Hang Nak Pujuk Diri Sendiri Ka Ni Mahfuz?

Baca juga


ADUN Lompat: Hang Nak Pujuk Diri Sendiri Ka Ni Mahfuz?


Tahun lepas, dua ADUN Amanah dari Selangor dilaporkan melompat menyertai PKR, mereka ialah Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan juga Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman.

Bagaimanapun Fakhrulrazi menafikan menyertai PKR, dia mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas yang menyokong perjuangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.. 

Kelmarin dulu pula tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Amanah dari Johor, disahkan menyertai PKR.

Ini membabitkan Adun Senggarang Khairuddin A Rahim; Adun Serom Faizul Amri Adnan; dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Mahfuz Omar kata tindakan 3 ADUN Johor tu boleh membantu PKR merampas semula tiga kerusi Parlimen Johor yang telah dibawa lari kepada Perikatan Nasional (PN) ketika peristiwa Langkah Sheraton..

Mahfuz kata laa.. kononnya..

Lagi dua ADUN yang lompat masuk PKR di Selangor tu mungkin boleh membantu PKR rampas kerusi Gombak dan Ampang kot?..

KUALA LUMPUR – Ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertindak keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak merugikan parti itu, mahupun Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar melihat tindakan tersebut boleh membantu PKR merampas semula tiga kerusi Parlimen Johor yang telah dibawa lari kepada Perikatan Nasional (PN) ketika peristiwa Langkah Sheraton, Februari tahun lalu.

“Mereka melihat ada peluang dalam PKR untuk mengambil alih tempat-tempat Parlimen yang ditinggalkan dan dibawa lari oleh ahli-ahli Parlimen yang pergi kepada Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu.

“Kalau di Batu Pahat, ahli Parlimen daripada timbalan speaker yang dulunya adalah PKR kini lari kepada Bersatu.

“Kemudian Segamat sekarang jadi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan juga lari kepada PN. Baru semalam dari Tebrau daripada PKR, kini mendokong Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam sesi wawancara bersama MalaysiaGazette, hari ini.

Sebelum ini, lima ADUN Amanah termasuk tiga dari Johor bertindak keluar parti dan berhasrat untuk menyertai PKR.

Mereka masing-masing ialah ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim; ADUN Serom, Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Selain tiga ADUN dari Johor, turut didakwa bertindak keluar parti adalah dua ADUN dari Selangor.

Dalam pada itu, Mahfuz percaya bahawa tindakan ketiga-tiga ADUN Johor itu berdasarkan perkiraan politik yang mana PKR tidak mempunyai bakat yang sesuai untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU14 lalu.

“Mesti ambil daripada orang yang ada nama dan kedudukan, iaitu ADUN. Sebagai ADUN sudah dikenali untuk mudah mempertahankan kerusi-kerusi yang dibawa lari tadi.

“Jadi saya ucap tahniah kepada PKR kerana bersedia untuk memberikan atau mengisi kekosongan kawasan-kawasan Parlimen itu kepada bekas ADUN-ADUN daripada Amanah,” katanya.

Mahfuz juga tidak terkilan malah menyambut baik hasrat ketiga-tiga ADUNnya yang mahu meningkatkan karier politik mereka tidak terhadap di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) semata-mata.

“Jadi ada tiga kekosongan di Johor, jadi mereka merasakan bahawa takkan selama-lamanya nak duduk sebagai ADUN.

“Jadi nak dapat peluang bertanding Parlimen dalam Amanah ini sangat terhad sebab jumlah kerusi yang kita bertanding itu tidak banyak dan tidak boleh beri kepada semua orang,” jelasnya.

Beliau juga menegaskan, Amanah tidak akan menghalang wakil rakyatnya untuk menambah baik masa depan politik mereka, apatah lagi dalam membantu memperkukuhkan rakan komponen PH.

“Saya tak melihat mereka melompat itu kerana tiada keserasian dengan Amanah, salah seorang daripada ADUN yang melompat itu, mereka sedang mencari satu yang lebih baik untuk masa depan politik mereka.

“Mereka merasakan bahawa mereka perlu pergi lebih jauh iaitu sebagai Ahli Parlimen, cita-cita YB Khairuddin itu nak bertanding sebagai calon Parlimen.

“Saya melihat mereka mengejar cita-cita, mereka ada impian, kita harap mereka akan berjaya dalam mencapai cita-cita mereka,” katanya.

Di samping itu, katanya lagi Amanah berpeluang mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan anak-anak muda daripada profesional dan aktivis untuk mengambil alih kerusi DUN yang ditinggalkan oleh ketiga-tiga individu ini.

“DUN ini tidak boleh dipertandingkan oleh parti lain sebab dalam PH itu sudah diperuntukkan kepada Amanah, jadi tanggungjawab Amanah untuk memberikan calon-calon yang baharu ambil alih tempat tersebut,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu juga tidak melihat tindakan lompat parti boleh menjejaskan status quo PH di Johor.

“Perpindahan itu tidak menambahkan jumlah bilangan kerusi DUN PH, sebab dia dalam PH kepada (pindah) PH.

“Dia juga tidak memberikan penambahan kekuatan kepada PN, jadi dia kekal status quo, jumlah sedia ada (ADUN PH) akan kekal sampai pilihan raya umum akan datang.

“Saya tidak melihat ini akan memberikan satu implikasi kesan politik kepada kedudukan kerajaan di Johor itu sendiri,” katanya.

Beliau tidak menafikan tindakan ketiga-tiga wakil rakyatnya itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan kekeliruan dalam kalangan ahli dan pemimpin dalam Amanah dan PH.

“Dalam konteks ini, mungkin PKR tiada pilihan sebab mereka tak dapat cari calon-calon yang baik untuk di ketiga-tiga Parlimen ini.

“Jadi mereka nampak bahawa ADUN Amanah ini yang mempunyai kaliber untuk diketengahkan sebagai calon-calon Parlimen Batu Pahat, Segamat dan Tebrau.

“Jadi soal itu akan dapat kita selesaikan dalam pertemuan dan perbincangan dalam Majlis Presiden PH nanti Insya-Allah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

PKR tiada pilihan sebab mereka tak dapat cari calon-calon yang baik untuk di ketiga-tiga Parlimen ini?

Ha.. ha.. Ha... hang nak pujuk hati sendiri ka Mahfuz sampai kata macam tu tu?.. sorang saja kot yang kata dia beralih arah untuk mencari peluang bertanding di kerusi Parlimen pada PRU15..

Ada atau tak ada Calon.. yang aku pasti.. Ahli-ahli PKR tak akan terima mana-mana ADUN yang melompat dari parti lain masuk PKR dicalonkan semula sebagai Calon pada PRU15 nanti..

Dalam PKR pun bersepah-sepah yang layak jadi Calon laa... nak bagi laluan kat orang yang baru msauk PKR buat apa?

Baca apa Saifuddin kata ni Mahfuz..
 
KULIM: PKR mengambil keputusan untuk kekal bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk di kerusi yang dikhianati wakil rakyat yang telah keluar atau dipecat dari parti berkenaan. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu telah dibuat melalui kesepakatan selepas rundingan berhubung pembahagian kerusi PRU-15 dijalankan membabitkan komponen Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Laporan penuh sila baca di SINI


Demikianlah Artikel ADUN Lompat: Hang Nak Pujuk Diri Sendiri Ka Ni Mahfuz?

Sekianlah artikel ADUN Lompat: Hang Nak Pujuk Diri Sendiri Ka Ni Mahfuz? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN Lompat: Hang Nak Pujuk Diri Sendiri Ka Ni Mahfuz? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/adun-lompat-hang-nak-pujuk-diri-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates: