Eh! Dah 'U Turn' Ke Yang Nak Potong Queue Tu?

Eh! Dah 'U Turn' Ke Yang Nak Potong Queue Tu? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Eh! Dah 'U Turn' Ke Yang Nak Potong Queue Tu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Eh! Dah 'U Turn' Ke Yang Nak Potong Queue Tu?
link : Eh! Dah 'U Turn' Ke Yang Nak Potong Queue Tu?

Baca juga


Eh! Dah 'U Turn' Ke Yang Nak Potong Queue Tu?


Terdahulu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin meminta pemberi maklumat untuk tampil sekiranya mempunyai aduan mengenai dakwaan cubaan memotong barisan dalam mendapatkan vaksin Covid-19.

Dia berkata demikian sebagai menjawab ciapan Twitter doktor perunding dan ahli nefrologi Dr Rafidah Abdullah yang menyorot berhubung aduan bahawa pegawai dari pejabat setiausaha negeri (SUK) Kelantan berusaha untuk memotong barisan.

Namun perkara itu dinafikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin dan menegaskan perkara itu adalah fitnah.

Dia kata fitnah, tapi beberapa wakil rakyat Kelantan ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan jadual penerimaan vaksin terawal untuk mereka ditangguhkan ke tarikh lain.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Syahbudin Hashim berkata, pada awalnya dia menerima jemputan untuk penerimaan vaksin pada program esok, kemudiannya dimaklumkan semua Adun ditangguh pada tarikh lain.

"Asalnya ada (jemputan), kemudian semua Adun (ditangguh) ke tarikh lain. Belum tahu lagi bila," katanya ringkas.

Perkara sama juga dimaklum Adun Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad ketika ditanya sama ada menerima jemputan untuk menerima vaksin esok atau tidak.

"Tidak. Mula-mula dapat (jemputan), lepas itu ditangguh. Hanya menteri besar dan exco sahaja. Adun sama (tarikh) dengan frontliner di daerah-daerah," katanya.

Kemudiannya Malaysiakini dipetik melaporkan..

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan kerajaan negeri menyusun semula senarai penerima vaksin Covid-19 terawal yang dijadualkan berlangsung esok di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, kata sumber.

Menjelaskan perkara itu, katanya, penyusunan semula berkenaan berkemungkinan dibuat selepas isu dakwaan berlakunya 'potong giliran' golongan barisan hadapan (frontliner).

Katanya, di peringkat pelaksanaan kakitangan kesihatan yang terlibat sebelum ini (minggu lepas) dimaklumkan pihak pejabat setiausaha negeri (SUK) mahukan kuota untuk 120 penerima.

"Kemudian ada makluman diberitahu melalui grup WhatsApp bahawa vaksin untuk frontliner ditangguhkan sebab beri laluan kepada senarai penerima kerajaan negeri.

"Tetapi bila isu ini dah kecoh, saya rasa SUK dah buat pusingan-U," kata sumber yang juga petugas kesihatan di Kelantan.

Sumber yang enggan namanya didedahkan itu sebelum ini menghantar emel kepada Malaysiakini supaya perkara isu didedahkan kerana tidak bersetuju dengan perancangan dibuat kerajaan negeri yang membelakangkan petugas barisan hadapan.

Setelah dihubungi secara langsung, sumber tersebut mengesahkan perkara itu walaupun ia mula dinafikan pihak berwajib.

EXCO Kerajaan Tempatan tu kat fitnah.. tapi dua ADUN akui ada jemputan untuk suntikan vaksin COVID-19 tu..

Kemudiannya.. tiba-tiba penyusunan semula mungkin dibuat..

Ha.. ha... 


Demikianlah Artikel Eh! Dah 'U Turn' Ke Yang Nak Potong Queue Tu?

Sekianlah artikel Eh! Dah 'U Turn' Ke Yang Nak Potong Queue Tu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Eh! Dah 'U Turn' Ke Yang Nak Potong Queue Tu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/eh-dah-u-turn-ke-yang-nak-potong-queue.html

Subscribe to receive free email updates: