Dah Agak.. Siapa Nak Lepaskan Imbuhan Puluhan Ribu Sebulan Begitu Saja Oii? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dah Agak.. Siapa Nak Lepaskan Imbuhan Puluhan Ribu Sebulan Begitu Saja Oii?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Dah Agak.. Siapa Nak Lepaskan Imbuhan Puluhan Ribu Sebulan Begitu Saja Oii?link :
Dah Agak.. Siapa Nak Lepaskan Imbuhan Puluhan Ribu Sebulan Begitu Saja Oii?
Baca juga
Dah Agak.. Siapa Nak Lepaskan Imbuhan Puluhan Ribu Sebulan Begitu Saja Oii?
Pada Ahad lalu, PAU 2020 meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan kebersamaan dalam kerajaan PN diteruskan hingga pembubaran Parlimen.
Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu diluluskan sebulat suara.
Mandat diberikan kepada Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi (MT) untuk menentukan tarikh menarik diri daripada kerajaan PN.
Zahid dengan gahnya berkata, apabila tarikh itu diputuskan, semua ahli parlimen yang dilantik sebagai menteri, timbalan menteri atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan meletak jawatan bersama.
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah ketika bercakap kepada pemberita berkata, semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan PN termasuk diberikan jawatan dalam syarikat bekaitan kerajaan (GLC) diminta menarik diri bermula Ahad.
Antara Menteri UMNO yang memegang portfolio penting dalam Kabinet PN ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).
Turut tersenarai ialah Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli), Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan).
Muhyiddin turut melantik Datuk Halimah Mohamed Sadique sebagai Menteri Perpaduan Negara.
Timbalan Menteri yang dilantik dalam kalangan pemimpin UMNO ialah Mastura Yazid
(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri I), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I) dan Datuk Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I).
Meskipun Nazri Aziz menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan itu sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi... ada mereka kesah??
Lagipun mana ada orang yang bodoh untuk melepaskan puluhan ribu RM yang diperolehi sebulan hanya kerana nak buktikan kesetiaan kepada parti?
Memang jawatan itu yang mereka kejar selama ini kan?.. takkanlah mereka sertai politik hanya sebab nak jadi Ketua Cawangan saja kot.. apa kelas?
PUTRAJAYA: Semua anggota Jemaah Menteri kerajaan semasa dari Umno tidak akan meletakkan jawatan masing-masing dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, persepakatan itu dicapai selepas menteri-menteri dari Umno bertemu beliau pada Isnin.
“Mereka meminta nasihat saya mengenai kedudukan mereka dalam (Jemaah Menteri) berikutan keputusan Perhimpunan Agung Umno bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan (PPBM) dalam PRU15.
“Saya telah menasihati mereka supaya terus kekal berada dalam (Jemaah Menteri). Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua Menteri Umno akan terus kekal berada di dalam (Jemaah Menteri).”
Kata Muhyiddin, pada masa ini, tumpuan utama kerajaan adalah untuk “memerangi Covid-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara”.
Sehubungan itu, tambah beliau, langkah berkenaan penting kerana beberapa orang menteri Umno memegang portfolio penting yang secara langsung menyumbang kepada matlamat tersebut ~ FMT
Lagi satu.. yang sembang kononnya perjuangan politik mereka itu adalah demi rakyat.. cuba jangan diberikan sebarang jawatan dalam Parti atau Kerajaan..
Kalau nak diberikan Jawatan pun jangan dibayar elaun atau apa saja imbuhan.. kita tengok adakah mereka sanggup memegang jawatan itu?
Kan mereka kata.. mereka ikhlas Demi Rakyat.. dah tu ambil elaun atau imbuhan buat apa?
Kesimpulannya.. jangan diperbodohkan oleh Ahli Politik..
Demikianlah Artikel Dah Agak.. Siapa Nak Lepaskan Imbuhan Puluhan Ribu Sebulan Begitu Saja Oii?
Sekianlah artikel Dah Agak.. Siapa Nak Lepaskan Imbuhan Puluhan Ribu Sebulan Begitu Saja Oii? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dah Agak.. Siapa Nak Lepaskan Imbuhan Puluhan Ribu Sebulan Begitu Saja Oii? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/dah-agak-siapa-nak-lepaskan-imbuhan.html