Kesiannya.. UMNO Nak Bersama PAS, Tapi PAS Pilih Bersatu..

Kesiannya.. UMNO Nak Bersama PAS, Tapi PAS Pilih Bersatu.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesiannya.. UMNO Nak Bersama PAS, Tapi PAS Pilih Bersatu.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesiannya.. UMNO Nak Bersama PAS, Tapi PAS Pilih Bersatu..
link : Kesiannya.. UMNO Nak Bersama PAS, Tapi PAS Pilih Bersatu..

Baca juga


Kesiannya.. UMNO Nak Bersama PAS, Tapi PAS Pilih Bersatu..


KENYATAAN media bersama Setiausaha Agung Bersatu dan Setiausaha Agung PAS ini sekaligus telah menjawab desakan oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO Tajuddin Abdul Rahman yang meminta PAS menyatakan pendirian sama ada untuk bersama Umno atau Bersatu pada PRU ke-15 nanti.

Pada 29 Mac lalu, Tajuddin berkata sudah tiba masanya PAS menyatakan pendirian sama ada untuk bersama dengan Umno ataupun Bersatu pada PRU akan datang.


Ini kerana menurutnya UMNO telah menyatakan pendirian untuk bersama PAS dalam PRU nanti dan akan bersendirian sekiranya PAS memilih untuk bersama Bersatu.

Setelah mengikuti senario politik negara, kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS, diketuai Presiden Bersatu, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah mengadakan suatu pertemuan pada 30 Mac 2021 bagi merangka hala tuju kerjasama lebih mantap dan berstrategi dalam Perikatan Nasional.

Menginsafi pentingnya kestabilan politik sebagai teras kelangsungan kerajaan Perikatan Nasional dalam membela kebajikan rakyat dan terutama buat masa ini bagi menangani wabak Covid-19, kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS telah bersetuju dengan ketetapan seperti berikut:

1. Bersatu dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

2. Bersatu dan PAS, selaku antara Parti Pengasas Utama Perikatan Nasional, akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti khususnya bagi menghadapi PRU15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.

Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dimuktamadkan secara kolektif di kalangan semua parti-parti komponen.

3. Bersatu dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya.

4. Bersatu dan PAS sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung konsep tersebut, sekali gus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan Perikatan Nasional yang dibina secara bersama.

Bersatu dan PAS menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputera terutamanya dan rakyat Malaysia yang cintakan negara agar bersatu hati untuk bersama-sama berjuang dalam saf yang sama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.


DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN 
Setiausaha Agung Bersatu 

DATO’ SERI TAKIYUDDIN HASSAN 
Setiausaha Agung PAS

Ha.. ha.. ha... Kesiannya kat UMNO.. 

UMNO nak bekerjasama dengan PAS.. tapi PAS pula pilih nak bekerjasama dengan Bersatu.. dah jadi 'Hidung tak mancung.. pipi tersorong-sorong..'

Mungkin PAS tidak lupa yang mereka pernah dipermainkan UMNO suatu masa dulu..

.... Lebih dari Lima puluh tahun lalu, selepas peristiwa 13 Mei dan kekalahan besar pada pilihan raya 1969, UMNO di bawah pimpinan Tun Abdul Razak Hussein memujuk PAS supaya bersama dengan parti berkenaan. 

Ketika itu, agendanya adalah untuk menjaga kepentingan Melayu selepas apa yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei.

Lalu PAS di bawah pimpinan Datuk Mohamad Asri Muda memanggil satu Muktamar Khas untuk menentukan sikap, apakah PAS sedia atau tidak menyertai UMNO.

Lalu majoriti ahli muktamar khas itu mengambil keputusan menyokong menyertai UMNO dan membentuk Barisan Nasional (BN) kemudiannya. 

Sebahagian ahli PAS tidak bersetuju dengan langkah itu, termasuk Allahyarham Amaluddin Darus yang terus meninggalkan PAS.

Selepas menyertai BN, beberapa pimpinan kanan PAS, termasuk Asri dilantik menjadi menteri. Asri sendiri menjaga hal ehwal tanah.

Namun, selepas UMNO stabil dan PAS mula kuat dalam BN, UMNO mula mencari pasal. Ia berakhir dengan tindakan PAS ditendang keluar daripada BN pada 1977 selepas Undang-Undang Darurat diisytiharkan di Kelantan.

PAS kehilangan segala-galanya selepas itu, termasuk Kelantan. Mulai 1978 PAS dibina semula dengan re-branding, kepemimpinan ulama yang dipelopori Tuan Guru Nik Aziz, Yusof Rawa, Datuk Fadzil Mohd Nor dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kini, melalui putaran waktu, apabila UMNO lemah, PAS sekali lagi dicari....


Demikianlah Artikel Kesiannya.. UMNO Nak Bersama PAS, Tapi PAS Pilih Bersatu..

Sekianlah artikel Kesiannya.. UMNO Nak Bersama PAS, Tapi PAS Pilih Bersatu.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesiannya.. UMNO Nak Bersama PAS, Tapi PAS Pilih Bersatu.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/kesiannya-umno-nak-bersama-pas-tapi-pas.html

Subscribe to receive free email updates: