KPN Dedah 31 Pegawai, Anggota Polis Terlibat Macau Scam

KPN Dedah 31 Pegawai, Anggota Polis Terlibat Macau Scam - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPN Dedah 31 Pegawai, Anggota Polis Terlibat Macau Scam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPN Dedah 31 Pegawai, Anggota Polis Terlibat Macau Scam
link : KPN Dedah 31 Pegawai, Anggota Polis Terlibat Macau Scam

Baca juga


KPN Dedah 31 Pegawai, Anggota Polis Terlibat Macau Scam


KUALA LUMPUR: Rombakan pegawai kanan polis secara besar-besaran baru-baru ini bertujuan memberi peluang kepada pegawai polis baharu, untuk menggantikan tempat mereka, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

“Pertukaran pegawai kanan yang berlaku bukan kerana ada kes-kes tertentu dan sebagainya, ia kena letak orang baru dan berkemungkinan pegawai kanan polis yang sebelum ini telah lama berkhidmat atau tidak naik pangkat, perlu ditukarkan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, ini kerana terdapat pegawai kanan polis yang lama telah menetap, bertugas dan memegang sesuatu jawatan polis, di satu-satu tempat.


Sebelum ini, polis mengeluarkan kenyataan seramai 71 pegawai kanannya terlibat pertukaran jawatan, berkuatkuasa 12 April depan.

Antara mereka yang terlibat pertukaran itu adalah Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin dilantik sebagai timbalan pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, manakala Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal dilantik sebagai ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai siasatan perkembangan kes Macau Scam Hamid berkata pihaknya sudah menerima segala kenyataan yang dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


“Saya serahkan siasatan kes ini kepada JIPS (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard) untuk menjalankan siasatan yang mengambil masa antara sebulan hingga ke dua bulan.

“Semasa JIPS beri saya hasil laporan siasatan, saya mendapati seramai 31 pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes ini, maka apabila diteliti ia amat serius sekali,” katanya.

Hamid berkata, kuasa untuk menentukan hukuman kepada pegawai dan anggota polis yang terlibat masalah tatatertib adalah ditentukan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

SPP dianggotai oleh lapan individu antaranya menteri dalam negeri, ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, wakil Institusi Kehakiman dan wakil pesara polis.


“Biarlah hukuman kes ini ditentukan oleh SPP, di mana SPP akan berbincang sama ada untuk buang kerja, menurunkan pangkat, didenda atau memaafkan pegawai atau anggota polis terlibat masalah tatatertib,” katanya.

Pada Disember tahun lepas, media melaporkan seramai 29 pegawai dan anggota polis termasuk seorang pegawai kanan berpangkat DCP disiasat, bagi kes penipuan Macau Scam dan judi dalam talian melibatkan Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna.

Semua individu itu disiasat secara menyeluruh, terutama berhubung pemilikan nilai aset luar biasa berbanding jawatan dan gaji.

Sumber: FMT


Demikianlah Artikel KPN Dedah 31 Pegawai, Anggota Polis Terlibat Macau Scam

Sekianlah artikel KPN Dedah 31 Pegawai, Anggota Polis Terlibat Macau Scam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPN Dedah 31 Pegawai, Anggota Polis Terlibat Macau Scam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/kpn-dedah-31-pegawai-anggota-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :