Menteri, Pengerusi GLC UMNO Sedia Letak Jawatan.. Kononnya Laaa

Menteri, Pengerusi GLC UMNO Sedia Letak Jawatan.. Kononnya Laaa - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri, Pengerusi GLC UMNO Sedia Letak Jawatan.. Kononnya Laaa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri, Pengerusi GLC UMNO Sedia Letak Jawatan.. Kononnya Laaa
link : Menteri, Pengerusi GLC UMNO Sedia Letak Jawatan.. Kononnya Laaa

Baca juga


Menteri, Pengerusi GLC UMNO Sedia Letak Jawatan.. Kononnya Laaa


KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO dalam Kabinet dan memegang jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) sedia meletak jawatan apabila ditetapkan Majlis Tertinggi (MT) nanti.

Ia dinyatakan dengan jelas oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan akur pada keputusan parti untuk meninggalkan jawatan Menteri Kanan (Keselamatan).


“Tadi dah diputuskan untuk kita serahkan kepada MT tetapkan nanti. Kita tunggulah.

“Sebagai ahli parti, pemimpin parti sudah pasti keputusan parti tak kiralah Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agung UMNO, ia adalah autoriti paling tinggi untuk menentukan keputusan. Kita mesti akur dengan keputusan parti,” katanya.

Bagi Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, beliau juga bersedia meletak jawatan sekiranya ia arahan kepimpinan parti.

Katanya, tindakan itu sebagai bukti kesetiaannya kepada UMNO yang berjuang semata-mata untuk rakyat, bukan jawatan.

“Saya secara peribadi akan akur dan patuh atas apa juga keputusan yang parti lakukan. Sebagai pemimpin, kita tak boleh mempunyai agenda peribadi. Keutamaan adalah agenda parti.

“Maka, apa juga keputusan parti, itu akan menjadi pendirian saya,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pula berkata, beliau perlu meneliti keputusan tersebut supaya ia tidak memberi kesan kepada rakyat Sabah.

“Ini memperlihatkan bahawa demokrasi di Malaysia begitu berkembang. Bagaimanapun UMNO Sabah perlu melihat kepentingan negeri Sabah dan kepentingan rakyat Sabah diberi kepastian,” katanya.

Bagi Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, beliau tiada masalah untuk melepaskan jawatan berkenaan.

“Kita sudah buat kerja awal lagi dan sudah bersedia walaupun terpaksa lepas jawatan. Bukan besar sangat pun jawatan itu.

“Pejuang UMNO dan parti lagi besar dari segala-galanya, perjuangan tak boleh dijual beli,” katanya.


Pandangan yang sama turut dilemparkan Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyerahkan segala keputusan kepada MT dalam membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.

“Hari ini perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2020 sudah serahkan kepada Presiden parti dan Majlis Tertinggi untuk tentukan tempoh bagi membuat sebarang keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

Ahli MT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga akan mengikut keputusan yang bakal ditentukan UMNO berhubung kedudukannya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Katanya, beliau selaku orang parti sentiasa akur terhadap segala ketetapan yang bakal dimuktamadkan UMNO kelak khususnya membabitkan hala tuju politik.

“Itu pandangan dia (Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah). Tetapi dalam parti, kita buat keputusan ikut parti yang menyatakan kebersamaan kami dalam kerajaan sehingga pembubaran Parlimen.

“I’m party man (saya orang parti). Sebab itu saya jarang suarakan pandangan peribadi yang boleh membawa perpecahan walaupun saya ada pandangan sendiri,” katanya dalam sidang akhbar ketika melawat Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini semalam. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Menteri, Pengerusi GLC UMNO Sedia Letak Jawatan.. Kononnya Laaa

Sekianlah artikel Menteri, Pengerusi GLC UMNO Sedia Letak Jawatan.. Kononnya Laaa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri, Pengerusi GLC UMNO Sedia Letak Jawatan.. Kononnya Laaa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/menteri-pengerusi-glc-umno-sedia-letak.html

Subscribe to receive free email updates: