‘Pengundi Hantu’ Muncul Di Konvensyen DAP

‘Pengundi Hantu’ Muncul Di Konvensyen DAP - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Pengundi Hantu’ Muncul Di Konvensyen DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Pengundi Hantu’ Muncul Di Konvensyen DAP
link : ‘Pengundi Hantu’ Muncul Di Konvensyen DAP

Baca juga


‘Pengundi Hantu’ Muncul Di Konvensyen DAP


Kekecohan berlaku sewaktu Konvesyen DAP Perak ke-19 hari ini, apabila didakwa wujudnya pengundi hantu yang akan memilih ahli ke Jawatankuasa Negeri dan isu tempoh pengundian yang tiba-tiba dilanjutkan.

Kekecohan itu berlaku sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selesai berucap merasmikan Konvensyen DAP Perak ke-19 hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan ahli DAP seluruh negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh.

Menurut seorang perwakilan yang juga Ahli Parlimen Kampar Thomas Su Keong Siong berkata, kekecohan itu disebabkan proses pendaftaran pemilih yang sepatutnya tamat pada jam 10 pagi, tetapi tiba-tiba disambung sehingga 12 tengah hari.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku, dan ruang harus diberikan kepada semua pemilih sekali gus pemilihan boleh dijalankan secara adil dan bukannya memberi kelebihan kepada mana-mana pihak.

“Sepatutnya buka pendaftaran pemilih kepada semua bukan kepada ahli-ahli tertentu. Kita pun boleh panggil ahli kita,” katanya kepada pemberita ketika konvensyen tersebut.

Senada dengannya, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar Terence Naidu, yang turut di dalam dewan itu juga mendapati, aduan tersebut timbul ekoran tindakan pihak pengurusan pemilihan yang masih mendaftarkan pengundi-pengundi atau perwakilan, selepas 10 pagi dan masih berterusan sehingga 11.30 pagi.

Seorang lagi perwakilan yang enggan dikenali berkata, pengundi hantu dikesan kerana mereka tidak mempunyai tag nama yang ditetapkan, dan maklumat peribadi mereka ditulis menggunakan pen dan bukannya seperti dicetak mengikut perwakilan lain.

Ketika berita ini ditulis, media masih lagi mengejar Lim, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, mahupun timbalannya Aziz Bari, bagi mendapatkan komen lanjut.

Menurut buku konvensyen yang diedarkan kepada media, antara urusan rasmi pada hari ini adalah memilih 15 ahli ke Jawatankuasa Negeri, pembentangan dan penerimaan Akaun Penyata Kewangan, selain penerimaan usul-usul atau pengistiharan dikemukakan Jawatankuasa Negeri.

Sumber: MalaysiaNow


Demikianlah Artikel ‘Pengundi Hantu’ Muncul Di Konvensyen DAP

Sekianlah artikel ‘Pengundi Hantu’ Muncul Di Konvensyen DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Pengundi Hantu’ Muncul Di Konvensyen DAP dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/pengundi-hantu-muncul-di-konvensyen-dap.html

Subscribe to receive free email updates: