Bukan Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tapi ‘Pintu Istana’ Kata Chandra Muzaffar

Bukan Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tapi ‘Pintu Istana’ Kata Chandra Muzaffar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tapi ‘Pintu Istana’ Kata Chandra Muzaffar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tapi ‘Pintu Istana’ Kata Chandra Muzaffar
link : Bukan Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tapi ‘Pintu Istana’ Kata Chandra Muzaffar

Baca juga


Bukan Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tapi ‘Pintu Istana’ Kata Chandra Muzaffar


Pemikir terkenal Chandra Muzaffar menyanggah mereka yang menggambarkan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai “kerajaan pintu belakang” dengan mengatakan perubahan politik di Putrajaya tahun lepas bukan perkata yang tidak biasa berlaku di dunia.

“Saya harus terangkan dari awal lagi, saya tidak menganggap ini kerajaan pintu belakang. Sebagai ahli sains politik ini bukan kerajaan pintu belakang kerana ini sesuatu yang biasa berlaku dalam beberapa negara apa yang berlaku di negara kita.”

“Beliau (Muhyiddin) bukan back door PM beliau ini saya lebih senang kalau guna istilah dilantik dari pintu Istana. Ini adalah fakta, Muhyiddin dilantik oleh Agong dan Raja-raja,” kata beliau dalam sebuah rancangan yang disiarkan RTM sempena setahun pentadbiran Muhyiddin.

Kerajaan pintu belakang adalah gelaran kepada pentadbiran Muhyiddin yang sering digunakan pemangkang bagi mempersoalkan kepimpinan dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak dipilih melalui pilihan raya.

Sejak memegang pentadbiran kerajaan, dalam ucapan beliau, Muhyiddin beberapa kali mengakui pentadbirannya tidak dilantik dalam pilihan raya namun berikrar untuk memerangi pandemik Covid-19.

Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri selepas pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Beliau dilantik selepas Agong bertemu dengan 222 orang ahli Parlimen untuk menetapkan perdana menteri yang mendapat sokongan majoriti.

Chandra berkata adalah salah untuk menggunakan istilah “kerajaan pintu belakang” bagi kerajaan Muhyiddin.

“Beliau (Muhyiddin) bukan back door PM beliau ini saya lebih senang kalau guna istilah dilantik dari pintu Istana. Ini adalah fakta, Muhyiddin dilantik oleh Agong dan Raja-raja,” katanya.

Sebelum ini, katanya, krisis politik dan penjajaran kesetiaan membentuk lanskap politik Malaysia.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) yang pernah mendominasi kerajaan beberapa dekad berevolusi daripada penjajaran politik dan lompat parti.

“Itu memang fenomena biasa dalam politik,” tambah Chandra.

Dalam pada itu, Chandra berkata adalah salah untuk menyalahkan tumbangnya PH adalah kerana Muhyiddin dan PN.

Bahkan, katanya, punca utama tumbangnya PH adalah daripada pimpinan PH yang menekan Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan tarikh beliau meletak jawatan.

Beliau berkata, salah satu strategi pengkritik Mahathir adalah mendapatkan media asing untuk bertanya mengenai perubahan kepimpinan kepada Anwar Ibrahim.

Soalan sedemikian tidak boleh diterima kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencapai kemenangan yang disifatkan sebagai mustahil.

“Sebelum beliau (Mahathir), tak ada siapa boleh jatuhkan BN walaupun setelah empat PRU.

“Namun setiap kali berucap di luar, soalan tersebut akan disoal media barat bila Anwar akan ganti,” kata Chandra yang pernah menjadi salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional sebuah parti yang dipimpin Anwar sebelum menjadi PKR.

Sumber: MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Bukan Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tapi ‘Pintu Istana’ Kata Chandra Muzaffar

Sekianlah artikel Bukan Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tapi ‘Pintu Istana’ Kata Chandra Muzaffar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan Kerajaan ‘Pintu Belakang’ Tapi ‘Pintu Istana’ Kata Chandra Muzaffar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/bukan-kerajaan-pintu-belakang-tapi.html

Subscribe to receive free email updates: