UMNO Bersama PH, PM Dari UMNO?

UMNO Bersama PH, PM Dari UMNO? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Bersama PH, PM Dari UMNO?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Bersama PH, PM Dari UMNO?
link : UMNO Bersama PH, PM Dari UMNO?

Baca juga


UMNO Bersama PH, PM Dari UMNO?


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, UMNO dan PH  mampu tolong-menolong dan mendapat majoriti lebih besar untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil.

Beliau menjelaskan, soal siapa yang memerintah dan menjadi Perdana Menteri tidak menjadi keutamaan kerana perkara itu perlu dipilih mengikut siapa yang mendapat kerusi lebih banyak.

“Apa yang mustahak kedua-dua gabungan itu boleh mendapat majoriti besar dan boleh mentadbir lebih baik. Tetapi saya tidak tahu siapa yang memerintah nanti.

“Ini adalah gabungan yang boleh membentuk kerajaan dengan majoriti besar, saya tidak tahulah siapa yang menang, tidak tahu siapa jadi Perdana Menteri nanti, pada saya itu tidak mustahak. Kerajaan yang stabil adalah lebih mustahak,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya.

Itu pendapat Zaid dan berikut pula adalah pendapat dari dua orang penganilisis politik..

Dua penganalisis politik melihat Umno dan Pakatan Harapan (PH) sebagai saling melengkapi sekiranya mereka bergabung pada pilihan raya umum akan datang (PRU15), tetapi mereka diingatkan bahawa menjaga keseimbangan dan ketertiban mungkin menjadi satu cabaran.

Idea itu dilontarkan di media sosial semalam oleh bekas menteri Zaid Ibrahim, yang berkata “perkahwinan” itu meniru formula kemenangan PH pada 2018 ketika gabungan itu diterajui PPBM pimpinan Dr Mahathir Mohamad, yang menonjolkan kepemimpinan Melayu.

Tunku Mohar Mokhtar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, ini akan menjadi satu “penyelesaian pragmatik” bagi kedua-dua kumpulan, memandangkan baik pembangkang mahupun kerajaan tidak berkemungkinan dapat menguasai majoriti yang kukuh dalam pilihan raya.

“Oleh itu, penjajaran baru mungkin jalannya,” katanya.

“PH memerlukan tokoh Melayu yang kuat. Barisan Nasional (yang dianggotai Umno) juga memerlukan perwakilan bukan Melayu yang signifikan.

“Gabungan keduanya nampaknya seperti satu formula kemenangan, paling tidak, di atas kertas.”

Tunku Mohar berkata langkah itu akan menyelesaikan keperluan mendesak mereka – kekurangan ketokohan Melayu yang kuat dalam PH dan rasa tidak puas hati Umno terhadap PPBM.

“Yang tinggal kini adalah kedua-dua pihak perlu mencari titik persamaan yang dapat mempermudah pembentukan jajaran politik atau gabungan baharu,” kata beliau.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura pula berkata, sementara langkah seperti itu akan membolehkan gabungan baharu merangkumi segala isu dalam kalangan demografik pengundi, “mereka harus secara dalaman meyakinkan para pengkritik parti masing-masing, yang secara ideologinya bagai langit dengan bumi, untuk bekerjasama”.

Kata beliau, akan ada cabaran besar yang harus dihadapi oleh PH dan Umno sekiranya hal ini terjadi kerana terdapat risiko sejarah akan berulang.

Oh berkata, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim berisiko menyerahkan kedudukannya dan berakhir dalam situasi yang serupa dengan apa yang dihadapinya bersama Mahathir.

“Ini kerana Umno dilihat cenderung untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR dan pemimpin Umno dilihat lebih cenderung menjadi PM, bukannya Anwar.

“Pemimpin seperti itu akan cuba menghalang Anwar, seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir,” kata beliau.

Beliau berkata, hal itu mungkin menjadi isu berdasarkan pengalaman Umno bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Pengajaran yang sukar ditelan Umno ketika ini, iaitu dengan Muhyiddin sebagai pemimpin dari parti yang lebih kecil menguasai dengan menjadi perdana menteri, akan menguatkan tekadnya untuk tidak lagi mengalah dalam gabungan pemerintah,” kata beliau.

Sumber: FMT




Demikianlah Artikel UMNO Bersama PH, PM Dari UMNO?

Sekianlah artikel UMNO Bersama PH, PM Dari UMNO? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Bersama PH, PM Dari UMNO? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/umno-bersama-ph-pm-dari-umno.html

Subscribe to receive free email updates: