Thailand Promosikan Ganja Di Ekspo "360 Canabis & Hemp"

Thailand Promosikan Ganja Di Ekspo "360 Canabis & Hemp" - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Thailand Promosikan Ganja Di Ekspo "360 Canabis & Hemp", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Thailand Promosikan Ganja Di Ekspo "360 Canabis & Hemp"
link : Thailand Promosikan Ganja Di Ekspo "360 Canabis & Hemp"

Baca juga


Thailand Promosikan Ganja Di Ekspo "360 Canabis & Hemp"

 


"Ganja adalah bintang utama yang akan membawa kualiti kehidupan yang baik selain mengembalikan wang ke dalam dompet kami, seiring perkembangan ekonomi," ujar Pengarah Kesihatan Awam Buriram

BURIRAM: Rakyat Thailand berpusu-pusu ke sebuah penganjuran pameran berkaitan potensi kanabis susulan rasa ingin tahu dan permintaan terhadap bahan daripada pokok ganja itu meningkat.

Reuters melaporkan, kerajaan Thailand telah membenarkan ekstrak daripada pokok ganja tersebut digunakan dalam makanan dan kosmetik dalam usaha terbaharu mempromosi tanaman bernilai tinggi berkenaan.

Sebuah acara telah dianjurkan di wilayah Buriram di timur laut negara itu pada minggu lalu untuk mendidik orang awam tentang penggunaan kanabis dan mempromosi perniagaan yang berkaitan dengannya.

Dalam acara itu, pengunjung juga dapat mencuba pelbagai produk seperti mi, aiskrim dan minuman yang mengandungi bahan tersebut.


Hemp adalah antara variasi pokok ganja yang mempunyai kandungan CBD (bahan bukan psikoaktif) yang lebih tinggi, dan paras tetrahydrocannabinol (THC) yang lebih rendah.

"Ganja adalah bintang utama yang akan membawa kualiti kehidupan yang baik selain mengembalikan wang ke dalam dompet kami, seiring perkembangan ekonomi," ujar Pengarah Kesihatan Awam Buriram yang juga penganjur acara '360 Cannabis & Hemp for the People', Withid Sarideechaikoo.

Thailand selama ini sedang berusaha menjadikan pokok ganja sebagai tanaman bernilai manakala syarikat pemproses ubat negara itu, Organisasi Farmaseutikal Kebangsaan, menyatakan bahawa pihaknya sanggup membeli kanabis dengan 12% CBD (bahan bukan psikoaktif) pada harga 45,000 Baht (RM6,000) sekilogram

Sementara itu, sekumpulan individu bertujuh sudah cukup untuk membentuk sebuah perusahaan desa dengan memohon kebenaran kerajaan bagi menanam ganja.

Thailand yang mempunyai tradisi menggunakan kanabis untuk mengurangkan kesakitan dan keletihan, membenarkan penggunaan ganja untuk perubatan dan penyelidikan pada tahun 2017 dalam usaha melonjakkan pendapatan pertanian.

"Dalam pola pemikiran rakyat Thailand, mi sup dengan daging yang lazat perlu dicampurkan ganja.

"Benda ini (kanabis) bukan saja melonjakkan bisnes restoran kami, malah ia menunjangi keseluruhan ekonomi. Orang mahu menggunakannya dalam makanan hingga ke kosmetik," ujar pengusaha kedai,Sitthichan Wutthiphonkun.

Sumber: AstroAwani


Demikianlah Artikel Thailand Promosikan Ganja Di Ekspo "360 Canabis & Hemp"

Sekianlah artikel Thailand Promosikan Ganja Di Ekspo "360 Canabis & Hemp" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Thailand Promosikan Ganja Di Ekspo "360 Canabis & Hemp" dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/thailand-promosikan-ganja-di-ekspo-360.html

Subscribe to receive free email updates: