Bekas Pengerusi JKKK Tipu Dana Bina Surau RM350,000

Bekas Pengerusi JKKK Tipu Dana Bina Surau RM350,000 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Pengerusi JKKK Tipu Dana Bina Surau RM350,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Pengerusi JKKK Tipu Dana Bina Surau RM350,000
link : Bekas Pengerusi JKKK Tipu Dana Bina Surau RM350,000

Baca juga


Bekas Pengerusi JKKK Tipu Dana Bina Surau RM350,000



IPOH: Seorang bekas pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) didenda RM150,000 di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas didapati bersalah menipu dana sumbangan pembinaan surau berjumlah lebih RM350,000, empat tahun lalu.


Hakim S Indra Nehru membuat keputusan itu selepas Zulkifli Othman, 59, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, bekas Pengerusi JKKK Kampung Lambak, Cabang Lima dan Lubok Salak itu, didakwa memperdayakan Exco kerajaan negeri ketika itu, Datuk Rusnah Kassim, dengan mendorong beliau untuk mempercayai bahawa bayaran RM350,000 adalah sumbangan bagi membina surau baharu di Kampung Kubu, Tanjung Malim pada 15 Mac 2017.

Tindakan tertuduh itu mendorong Rusnah memohon sumbangan berjumlah RM350,000 kepada Pejabat Menteri Besar untuk diluluskan pengeluaran cek.

Sumbangan itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama penerima JKKK Kampung Lambak, Cabang Lima dan Lubok Salak di mana kerja-kerja pembinaan surau baharu itu masih tidak dilaksanakan sehingga kini.


Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia bagaimanapun dilepaskan dan dibebaskan bagi dua pertuduhan lain di bawah Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Maziyah Mansor manakala tertuduh diwakili peguam, Hisham Nazir.

Pada prosiding tersebut, mahkamah turut mengarahkan wang simpanan berjumlah RM203,686.45, sebuah kereta Honda Civic bernilai RM33,500 dan sebuah komputer riba dilucut hak kepada kerajaan Malaysia lapor AstroAwani




Demikianlah Artikel Bekas Pengerusi JKKK Tipu Dana Bina Surau RM350,000

Sekianlah artikel Bekas Pengerusi JKKK Tipu Dana Bina Surau RM350,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Pengerusi JKKK Tipu Dana Bina Surau RM350,000 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/bekas-pengerusi-jkkk-tipu-dana-bina.html

Subscribe to receive free email updates: