RM28.45 Juta Dirampas Dari Suspek Pukul Body Guard Berpuasa

RM28.45 Juta Dirampas Dari Suspek Pukul Body Guard Berpuasa - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM28.45 Juta Dirampas Dari Suspek Pukul Body Guard Berpuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM28.45 Juta Dirampas Dari Suspek Pukul Body Guard Berpuasa
link : RM28.45 Juta Dirampas Dari Suspek Pukul Body Guard Berpuasa

Baca juga


RM28.45 Juta Dirampas Dari Suspek Pukul Body Guard Berpuasa

 
KLANG: Penahanan empat suspek berhubung insiden dua pengawal peribadi dipukul majikan kerana berpuasa semalam membongkar sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau 'ah long' serta judi haram kumpulan itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata ia susulan serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah seorang suspek di daerah ini. 

Selepas tangkapan dilakukan, polis membuat pemeriksaan dan menemui sejumlah 12,500 keping wang tunai matawang Dollar Amerika Syarikat (AS) serta 100 keping jongkong emas dengan berat satu kilogram sekeping.


"Jumlah keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM28.45 juta berdasarkan harga emas semasa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.

Turut dirampas adalah sepucuk pistol dengan 10 biji peluru, lima telefon bimbit dan rotan yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

Terdahulu, empat suspek berusia dalam lingkungan 35 hingga 43 tahun dibawa ke Mahkamah Klang untuk polis mendapatkan perintah reman pagi semalam.
"Seorang daripada suspek dikenakan reman tujuh hari manakala tiga lagi direman lima hari. Semua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod lampau. Bagi kes di Klang Selatan, polis klasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK); Seksyen 298 KK dan 307 KK.

"Kita juga menyiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) serta Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951," katanya.


Arjunaidi berkata, pihaknya masih menyiasat secara mendalam mengenai sindiket berkenaan termasuk berapa lama kumpulan itu bergiat aktif. 

Polis juga meminta agar orang ramai bertenang serta tidak membesarkan isu ini termasuk mengaitkan dengan isu perkauman.

Semalam, tular di media sosial dua pengawal keselamatan mendakwa ditampar, dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang bukan beragama Islam.


Dalam kejadian jam 10 malam itu, kedua-dua mangsa ditampar dan dimarahi apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya sama ada mereka berpuasa atau tidak ketika berada di lobi sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, dalam satu kenyataan memaklumkan berkata kedua-dua mangsa kemudian mengikut suspek yang berusia 43 tahun itu ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, sebelum dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol ~ BH

Click Image for detail




Demikianlah Artikel RM28.45 Juta Dirampas Dari Suspek Pukul Body Guard Berpuasa

Sekianlah artikel RM28.45 Juta Dirampas Dari Suspek Pukul Body Guard Berpuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM28.45 Juta Dirampas Dari Suspek Pukul Body Guard Berpuasa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/rm2845-juta-dirampas-dari-suspek-pukul.html

Subscribe to receive free email updates: