Kenapa Dulu Hamid Bador Diam?

Kenapa Dulu Hamid Bador Diam? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Dulu Hamid Bador Diam?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Dulu Hamid Bador Diam?
link : Kenapa Dulu Hamid Bador Diam?

Baca juga


Kenapa Dulu Hamid Bador Diam?


Pada 2 Mei 2019, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu mengumumkan Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) memperkenankan pelantikan secara kontrak selepas bersara Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 sehingga 3 Mei 2021.

Pelantikan ini dibuat selaras dengan Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan pelantikan bagi menyandang jawatan tersebut hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor SPP. Sebelum bertindak atas syor SPP, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan boleh merujuk syor itu balik kepada SPP untuk dipertimbangkan semula.


Walaupun banyak kritikan yang dilontarkan ke atas beliau sepanjang melaksanakan tugasnya sebagai KPN termasuk ketidakpuasan hati banyak pihak berikutan kegagalannya membawa balik Jho Low untuk dihadapkan ke muka pengadilan, segala-galanya kelihatan berjalan lancar buat Abdul Hamid yang tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berbentuk kontroversi.

Malah, di sebalik jangkaan kontrak Abdul Hamid selaku KPN akan ditamatkan lebih awal bila pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) pada 1 Mac 2020, ia tidak berlaku. Sebaliknya beliau yang pernah menyatakan ketaatsetiaan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dikekalkan, sekali gus membuktikan tiada campur tangan politik wujud dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Begitupun pada 18 Mac lalu, kurang dua bulan menjelang kontrak beliau berakhir, secara tiba-tiba Abdul Hamid mendedahkan mengenai wujudnya gerakan dalaman dalam kalangan pegawai muda yang mendalangi kartel yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka dalam PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkannya.

Lebih menggemparkan, Abdul Hamid dalam sidang akhbar pada 30 April lalu mendakwa beliau menentukan siapa dalam kalangan pegawai polis yang boleh dan sesuai dilantik ke jawatan-jawatan tertentu kerana beliau ‘bergelumang setiap hari dengan pasukan polis’ tetapi Menteri Dalam Negeri yang dikatakan sibuk dengan pelbagai jabatan lain, tidak mempunyai masa dan kemampuan untuk berbuat demikian.

Lebih jauh lagi, Abdul Hamid melahirkan kekesalan kerana SPP dikatakan tidak berfungsi dengan baik. Pejabat SPP pun dikatakan tidak wujud. Begitu juga dengan Pengerusi SPP yang disarankan dilantik bukan dalam kalangan menteri kerana menteri dikatakan akan membawa unsur-unsur politik berbanding seorang bekas ketua hakim dan seorang bekas hakim.

Pada masa sama, Abdul Hamid tidak menyatakan unsur-unsur politik sudah berlaku dalam PDRM tetapi beliau hanya bimbang ini boleh berlaku.

TUDUHAN LIAR

Ekoran dakwaan-dakwaan Abdul Hamid ini maka bersiponganglah suara yang mengutuk kewujudan campur tangan politik dalam PDRM disusuli seruan supaya dilakukan pemisahan kuasa antara politik dan pasukan polis khususnya melalui pelantikan Pengerusi SPP bukan dalam kalangan menteri.

Turut menjadi tumpuan adalah tuduhan liar tanpa bukti Abdul Hamid mendakwa rasuah berleluasa dalam politik dan seruan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasatnya.


Sebenarnya tidak sukar untuk difahami motif mengapa kesemua perkara ini dibangkitkan hanya setelah tempoh kontrak Abdul Hamid hampir berakhir. Malah sudah ramai yang menyatakan ia adalah satu cubaan bagi melanjutkan tempoh kontrak tetapi bila ini gagal, ia bertukar menjadi tidak lebih daripada satu cubaan untuk melepaskan geram semata-mata.

Jika masalah-masalah seperti yang dinyatakan ini memang wujud, ia sepatutnya disuarakan jauh lebih awal lagi termasuk sewaktu PH masih memerintah melalui pelbagai saluran yang ada, seperti SPP dan pada akhirnya terus kepada Yang di-Pertuan Agong selaku pihak yang melantik beliau dan yang melantik ahli-ahli SPP itu sendiri.

Malangnya ini tidak berlaku.


Sesungguhnya cubaan untuk memenuhi kepentingan persendirian, khususnya untuk melanjutkan tempoh kontrak atau bagi melepaskan geram bila kontrak tidak dilanjutkan hingga sanggup memburukkan nama atau mencemarkan nama pasukan polis, ia adalah satu perlakuan yang amat tidak beretika, apa lagi bila ia dilakukan oleh ketua pasukan itu sendiri.

Pada masa sama ia menggambarkan kecetekan pengetahuan Abdul Hamid yang dokumen begini sebenarnya bercanggah dengan Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana jelas dinyatakan dalam Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 bahawa pasukan polis hendaklah di bawah perintah KPN yang adalah seorang pegawai polis dan hendaklah bertanggungjawab kepada menteri bagi kawalan dan arahan pasukan. Tiada kekaburan di sini bahawa kawalan dan arahan pasukan polis adalah berada dalam tangan Menteri Dalam Negeri yang menyalurkannya melalui KPN.

Begitu juga dengan peruntukan Perkara 140 (1) dan 140 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pelantikan, pengesahan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan perjalanan kawalan tatatertib ke atas anggota pasukan polis adalah berada di bawah tanggungjawab SPP yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri.


Sebab itulah bukan setakat SPP, Majlis Angkatan Tentera (MAT) juga melalui Perkara 137 (1) dan 137 (3) Perlembagaan Persekutuan yang dipengerusikan oleh menteri yang dipertanggungjawabkan bagi pertahanan adalah bertanggungjawab bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera dan segala perkara lain yang berhubungan dengannya.

Bayangkanlah apa yang boleh berlaku kepada pemerintahan sesebuah kerajaan jika SPP dan MAT ini dipengerusikan bukan oleh menteri dari parti yang memerintah?

Dr. Kamarul Zaman Yusoff 
Pensyarah Kanan di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), 
Universiti Utara Malaysia (UUM).




Demikianlah Artikel Kenapa Dulu Hamid Bador Diam?

Sekianlah artikel Kenapa Dulu Hamid Bador Diam? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Dulu Hamid Bador Diam? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/kenapa-dulu-hamid-bador-diam.html

Subscribe to receive free email updates: