Mengapa 'Total Lockdown' Tidak Dilaksanakan?

Mengapa 'Total Lockdown' Tidak Dilaksanakan? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengapa 'Total Lockdown' Tidak Dilaksanakan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengapa 'Total Lockdown' Tidak Dilaksanakan?
link : Mengapa 'Total Lockdown' Tidak Dilaksanakan?

Baca juga


Mengapa 'Total Lockdown' Tidak Dilaksanakan?



Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata, sekiranya sektor ekonomi ditutup, bilangan rakyat yang menggangur pula dijangka mencecah satu juta.

Hampir 2.8 juta pekerja informal dijangka berdepan dengan risiko kehilangan punca pendapatan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan.

"Kesan PKP menyeluruh akan lebih dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan pekerja sektor informal.

"Kita juga perlu ingat bahawa sektor pembuatan dan perkilangan juga menggaji ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah," katanya dalam sidang media secara dalam talian pada Sabtu.

Tengku Zafrul turut menegaskan, PKP penuh bukan sahaja akan meningkatan pengangguran tetapi juga mendatangkan kemudaratan kepada rakyat termasuk impak sosial yang akan mengambil masa yang lama untuk diperbaiki.

"Semasa PKP 1.0, 68 peratus perniagaan melaporkan tiada jualan atau hasil semasa, 42.5 peratus perniagaan memerlukan lebih daripada enam bulan untuk pulih dan dua daripada tiga perniagaan mempunyai atau akan menanggung tunggakan hutang dalam tempoh enam bulan.

"Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengimbangi antara melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat adalah secara PKP yang bersasar dan dipeketatkan dan bukan PKP secara menyeluruh," 

Perdana Menteri pula secara peribadi mengakui melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) total seperti pernah dilaksanakan kali pertama pada tahun lalu adalah cara terbaik mengekang Covid-19.


Malah menurut perdana menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang mencadangkan pelaksanaan PKP total sebagai pilihan terbaik

Namun begitu Muhyiddin menjelaskan kesan ekonomi yang diakibatkan oleh pelaksanaan PKP total sangat besar dan ekonomi negara hampir runtuh sehingga beratus bilion diperlukan untuk memulihkan keadaan.

"Secara peribadi... itu (PKP total) adalah pilihan terbaik. Ia bermaksud penutupan penuh. Kilang-kilang juga tutup, semua orang duduk di rumah.

"Itu akan menjamin keselamatan dan lebih memudahkan keadaan untuk kerajaan dan KKM untuk menguruskan (pandemik),"

Tambah presiden Bersatu itu pelaksanaan PKP 1.0 dulu menyebabkan kerugian RM2.4 bilion sehari dan ramai orang kehilangan pekerjaan.

Untuk memulihkan keadaan, katanya, kerajaan membelanjakan RM340 bilion melalui enam pakej rangsangan ekonomi.

Tambah Muhyiddin pelaksanaan PKP 1.0 boleh menyebabkan kerugian sehingga setengah trilion ringgit kepada negara.

Ahli parlimen Pagoh itu secara spontan dan bergurau kemudian bertanya kepada wartawan yang menemu bualnya sama ada dia memiliki wang sebanyak itu.

"Kalau ada duit, bagi saya, saya kata kita boleh tutup semua," katanya pada sesi temu bual dengan Bernama TV.

Menurut perdana menteri lagi apabila PKP total ditamatkan mungkin sistem ekonomi negara sudah runtuh sepenuhnya.


Justeru kata Muhyiddin kerajaan cuba mencari keseimbangan di antara keperluan semasa rakyat dan negara.

"Saya tak mau lihat rakyat saya terkorban hanya kerana saya dan saya juga tak mahu ekonomi runtuh sehingga rakyat tak ada pendapatan dan kerajaan perlu bawa makanan ke rumah-rumah,"

Justeru katanya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP 3.0 diperketatkan seperti yang diputuskan baru-baru ini.

Katanya keputusan itu dibuat berdasarkan situasi dan keperluan semasa.

Laporan dipetik dari AstroAwani dan Malaysiakini


Kesimpulannya.. kalau setakat makan minum emak bapak yang tanggung tak payah sibuklah nak pertikai kenapa kerajaan tetap tak mahu laksanakan 'Total Lockdown'..


Demikianlah Artikel Mengapa 'Total Lockdown' Tidak Dilaksanakan?

Sekianlah artikel Mengapa 'Total Lockdown' Tidak Dilaksanakan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengapa 'Total Lockdown' Tidak Dilaksanakan? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/05/mengapa-total-lockdown-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: