Bekas Menteri Ditahan Atas Dakwaan Rogol Aktres - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Menteri Ditahan Atas Dakwaan Rogol Aktres, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Bekas Menteri Ditahan Atas Dakwaan Rogol Aktreslink :
Bekas Menteri Ditahan Atas Dakwaan Rogol Aktres
Baca juga
Bekas Menteri Ditahan Atas Dakwaan Rogol Aktres
Pelakon tersebut memberitahu Polis bahawa Bekas Menteri itu telah mula memperdayakannya ketika mereka mula menjalinkan hubungan sulit sejak bertahun-tahun lalu.
Mangsa juga mendakwa tertuduh juga sering berjanji untuk berkahwin dengannya malah meminta beliau menggugurkan kandungan sebanyak tiga kali.
Mangsa yang dikenali sebagai Shantini Theva telah membuat laporan polis terhadap Bekas Menteri itu pada 28 Mei lalu.
Bagaimanapun kejadian bukannya berlaku di negara kita Malaysia cuma mangsanya berasal dari Malaysia..
Berikut adalah laporannya..
NEW DELHI – Seorang bekas menteri negeri Tamil Nadu, M. Manikandan ditahan atas satu tuduhan merogol seorang pelakon wanita India yang berasal dari Malaysia, lapor laman berita Scroll In, semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Shantini Theva telah membuat laporan polis terhadap Manikandan pada 28 Mei lalu.
Mantan menteri itu didakwa di bawah pelbagai bahagian Kanun Keseksaan India termasuk 376 (rogol), 313 (menyebabkan keguguran tanpa persetujuan wanita), 323 (hukuman kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela), 417 (hukuman kerana menipu), 506 (i) (ugutan jenayah) dan Akta Teknologi Maklumat.
Polis telah menubuhkan dua pasukan khas untuk menangkap Manikandan yang melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa.
Awal bulan ini, beliau telah memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Madras untuk rayuan ikat jamin.
Namun, minggu lalu, Mahkamah Tinggi menolak untuk memanjangkan perlindungan dan jaminan yang diberikan kepadanya, lapor The News Minute.
Polis Tamil Nadu mengatakan bahawa bekas menteri itu mengelak dari ditangkap selepas keputusan mahkamah dikeluarkan, lapor ANI.
Theva yang merupakan seorang pelakon memberitahu polis bahawa Manikandan mula memperdayakannya ketika mereka menjalinkan hubungan sulit sejak bertahun-tahun lalu.
Mangsa juga mendakwa Manikandan juga sering berjanji untuk berkahwin dengannya malah menyuruh Theva menggugurkan kandungan sebanyak tiga kali.
Lelaki itu juga mengugut ahli keluarga Theva di Malaysia ketika wanita itu berkeras untuk berkahwin.
Pasangan itu dilaporkan bertemu pertama kali pada tahun 2017 melalui kenalan rapat ketika Theva mempromosikan industri pelancongan di Malaysia dan Manikandan memegang jawatan Menteri Teknologi Maklumat Tamil Nadu pada ketika itu.
Bagaimanapun, Manikandan sebelum ini menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Theva dan menuduh wanita itu hanyakan mahukan wang serta ingin merosakkan imej dirinya. – Agensi
Demikianlah Artikel Bekas Menteri Ditahan Atas Dakwaan Rogol Aktres
Sekianlah artikel Bekas Menteri Ditahan Atas Dakwaan Rogol Aktres kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas Menteri Ditahan Atas Dakwaan Rogol Aktres dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/bekas-menteri-ditahan-atas-dakwaan.html