Judul : Notis 14 Hari: Gempar Zahid Hamidi Saja Tu..
link : Notis 14 Hari: Gempar Zahid Hamidi Saja Tu..
Notis 14 Hari: Gempar Zahid Hamidi Saja Tu..
Dilihat tidak ada integriti mungkin punca banyak pandangan dan arahan Ahmad Zahid sudah tidak dipedulikan kata Penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.
PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan terpengaruh dengan kata dua 14 hari Umno supaya Parlimen dipanggil bersidang kerana kerajaan Perikatan Nasional sudah membuat keputusan mengenai masa yang sesuai untuk persidangan itu, kata penganalisis.Mereka berpendapat kata dua yang diberikan oleh Umno, selepas mesyuarat biro politik parti itu kelmarin, tidak akan mengubah apa-apa.Pensyarah sains politik Dr Mazlan Ali memberitahu, kerajaan tidak akan mengubah perancangannya hanya kerana keputusan mesyuarat biro politik Umno itu.Beliau juga percaya Umno tidak akan berbuat apa-apa jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan parti itu.“Umno berpecah antara banya puak dan saya tidak jangka akan ada apa-apa yang drastik sekiranya Muhyiddin tidak memanggil sidang Parlimen dalam tempoh dua minggu ini,” kata pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu.Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam bagaimanapun tidak menyebut tindakan Umno sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.Ahmad Zahid menyebut Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk memuktamadkan tindakan selanjutnya.Umno membuat tuntutan itu selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan nasihat supaya Parlimen bersidang secepat mungkin, dan titah itu disokong oleh Raja-Raja Pemerintah.Titah nasihat diraja itu dikeluarkan selepas persidangan khas Raja-Raja Melayu bersama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu lepas (16 Jun) yang membincangkan keadaan semasa negara selepas lima darurat berjalan.Parlimen perlu bersidang untuk melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan dengan membahaskan Ordinan Darurat dan pelan pemulihan negara keluar daripada Covid-19.Dalam reaksi balas, Pejabat Perdana Menteri berkata Putrajaya akan melakukan langkah susulan mengikut undang-undang negara.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed enggan mengulas kenyataan Ahmad Zahid.“Ketua-ketua Umno negeri sudah bermesyuarat dengan presiden dan Zahid sudah keluarkan kenyataan. Tiada apa yang perlu ditambah,” katanya, yang juga bekas ahli MKT Umno.Pensyarah politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff pula berpendapat keputusan Umno mencerminkan kesungguhan parti itu mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.“Setidak-tidaknya ini akan mendekatkan Umno kepada istana dan kumpulan pendukung raja-raja dalam kalangan rakyat.“Pada masa sama, kenyataan Zahid juga berpotensi menunjukkan lagi dalamnya perpecahan dalaman Umno, termasuk Nazri Aziz dan Zahidi Zainul Abidin, yang mengkritik presiden kononnya memandai-mandai membuat kenyataan itu,” katanya.Nazri memberitahu AgendaDaily bahawa Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan semalam tanpa berbincang dengan ahli parlimen atau ahli MKT Umno.Kamarul juga berpendapat kenyataan Ahmad Zahid juga akan mengeruh hubungan Umno dengan komponen Barisan Nasional, yang menjarakkan diri daripada kenyataan tersebut.“Kenyataan Zahid boleh dibaca sama ada menunjukkan beliau kurang faham atau kurang hormat kepada prosedur dan urusan undang-undang berhubung proses memanggil sidang Parlimen, seperti yang dibangkitkan oleh Nazri.“Kenyataan itu juga boleh ada kesan memberi tekanan kepada kerajaan supaya menyegerakan urusan, dan lebih buruk, sekiranya desakan Zahid dapat sokongan pemimpin lain,” tambahnya.Muhyiddin pada Ahad berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum Parlimen bersidang.Minggu lalu, Muhyiddin membayangkan Parlimen boleh bersidang seawal-awalnya pada September apabila pelan pemulihan negara keluar daripada Covid-19 memasuki fasa ketiga.Fasa ketiga yang dijangka dapat dicapai pada hujung Ogos menetapkan kes jangkitan Covid-19 diturunkan sehingga bawah 2,000 sehari, sementara 40% penduduk sudah menerima dua dos suntikan vaksin dan sistem kesihatan awam berada di tahap selesa ~ TMI
Cuba baca apa UMNO dah buat kepada institusi Raja-raja di SINI
Bukan aku kata.. tapi Raggie Jessy Rithaudeen yang kata di SINI
Demikianlah Artikel Notis 14 Hari: Gempar Zahid Hamidi Saja Tu..
Sekianlah artikel Notis 14 Hari: Gempar Zahid Hamidi Saja Tu.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Notis 14 Hari: Gempar Zahid Hamidi Saja Tu.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/notis-14-hari-gempar-zahid-hamidi-saja.html