Di Sebalik Amaran '14 Hari' Presiden UMNO.. Benarkah Dakwaan Ini?

Di Sebalik Amaran '14 Hari' Presiden UMNO.. Benarkah Dakwaan Ini? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Di Sebalik Amaran '14 Hari' Presiden UMNO.. Benarkah Dakwaan Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Di Sebalik Amaran '14 Hari' Presiden UMNO.. Benarkah Dakwaan Ini?
link : Di Sebalik Amaran '14 Hari' Presiden UMNO.. Benarkah Dakwaan Ini?

Baca juga


Di Sebalik Amaran '14 Hari' Presiden UMNO.. Benarkah Dakwaan Ini?

SHAH ALAM - Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak menafikan tuntutan terkini parti itu memberi kata dua kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan segera sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari, sebenarnya ada kaitan dengan usaha menaikkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu.

Sehubungan itu, pemimpin berkenaan, Datuk Md Alwi Che Ahmad menegaskan UMNO perlu keluar daripada kepompong mengugut pihak lain, sebaliknya fokus menyumbang kepada keamanan negara dengan tidak menimbulkan persepsi negatif kepada rakyat.

Ujarnya, dalam soal negara mendepani krisis pandemik Covid-19 disusuli krisis ekonomi, barisan menteri UMNO terbukti menunjukkan prestasi cukup cemerlang dalam mengetuai portfolio kementerian masing-masing berbanding menteri-menteri parti lain dalam kerajaan PN.

Jelas beliau, terdapat segelintir ahli Parlimen UMNO bukan berstatus menteri ketika ini boleh diibaratkan sebagai 'pemain simpanan' sebuah pasukan bola sepak yang sudah 'menandatangani' kontrak lumayan dengan sebuah pasukan 'kaya' secara senyap-senyap.

"Sedangkan pemain utama pasukan itu sedang bermain bermati-matian untuk memenangkan perlawanan sengit sewaktu masa kecederaan ketika ini.

"Perkara yang pemain-pemain simpanan ini tidak sedar adalah niat sebenar pasukan 'kaya' itu membeli mereka adalah semata-mata untuk melemahkan pasukan berkenaan dengan kelompok ini kemudiannya langsung tidak diberi ruang bermain dalam pasukan baharu.

"Situasi lebih kurang sama menyumbang kepada kejatuhan pasukan The Red Warriors (Kelantan) sebelum ini dan kita tidak mahu senario sebegini berulang terhadap parti UMNO sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas pendirian terkini Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata, UMNO kesal kerajaan PN masih dilihat berdolak-dalik dalam perkara itu dan berpandangan kegagalan kerajaan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong akan dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu.

Pada Rabu minggu lalu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Sementara itu, Md Alwi turut mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid mengeluarkan kata dua berkenaan tanpa merujuk terlebih dahulu terhadap dua entiti penting yang akan melegitimasikan keputusan parti iaitu MKT UMNO serta 38 ahli Parlimen parti.

Katanya, keputusan dibuat susulan hasil mesyuarat Biro Politik UMNO itu dilihat tidak matang dengan ahli-ahli biro berkenaan seolah-olah mengenepikan peranan ahli-ahli Parlimen dalam mentakrifkan sokongan terhadap kerajaan PN.

"Pemimpin UMNO sepatutnya menjadi contoh kepimpinan teladan...Bila kita menjadi subjek spekulasi, sudah pasti ada benda tidak betul yang kita telah lakukan.

"Jangan lupa...yang buat keputusan sebenar mengenai keperluan sidang Parlimen adalah ahli-ahli Parlimen (UMNO). Sudahkah Biro Politik parti rujuk dengan mereka? Sekiranya belum, it's premature decision," katanya.

Di sebalik kritikan terhadap keputusan UMNO, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu bagaimanapun turut membidas tindak-tanduk segelintir menteri dalam kerajaan PN yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat sewaktu mentakrifkan titah penting Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.

"Dalam konteks ini, menteri (PN) pun sama...Sepatutnya bila dia bercakap, beri kelegaan atau ketenangan kepada rakyat. Bukannya buat rakyat dan pemimpin UMNO tambah serabut dengan kenyataan tidak tepat.

"Saya melihat punca utama kerajaan PN dilihat gagal disebabkan masalah penyampaian maklumat atau komunikasi dengan rakyat di mana kementerian bertanggungjawab dilihat gagal menyampaikan inisiatif kerajaan secara berkesan sehingga peringkat akar umbi," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman turut berpendapat pembukaan sidang Parlimen selepas tamat tempoh darurat pada 1 Ogos hadapan memungkinkan Ahmad Zahid memutuskan jajaran politik baharu, termasuk bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jelas beliau, tiada yang mustahil boleh dilakukan Presiden UMNO berkenaan, namun segala usaha berkenaan perlu dimuktamadkan melalui sidang Parlimen.

"Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku termasuk kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan parti lain di luar kerajaan PN sendiri.

"Keputusan dalam Dewan Rakyat, muktamad, berwibawa, ada legitimasi. Sebarang keputusan di luar dewan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) dan sebagainya boleh dipertikaikan pada bila-bila masa menjadikan keputusan itu tidak muktamad dan tidak 'legitamate'," katanya lapor Sinar


Demikianlah Artikel Di Sebalik Amaran '14 Hari' Presiden UMNO.. Benarkah Dakwaan Ini?

Sekianlah artikel Di Sebalik Amaran '14 Hari' Presiden UMNO.. Benarkah Dakwaan Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Di Sebalik Amaran '14 Hari' Presiden UMNO.. Benarkah Dakwaan Ini? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/di-sebalik-amaran-14-hari-presiden-umno.html

Subscribe to receive free email updates: