Harga Sawit Tinggi: Bukan Usaha Kerajaan Perikatan Nasional Pun.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga Sawit Tinggi: Bukan Usaha Kerajaan Perikatan Nasional Pun.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Harga Sawit Tinggi: Bukan Usaha Kerajaan Perikatan Nasional Pun..link :
Harga Sawit Tinggi: Bukan Usaha Kerajaan Perikatan Nasional Pun..
Baca juga
Harga Sawit Tinggi: Bukan Usaha Kerajaan Perikatan Nasional Pun..
TIDAK timbul persoalan sama ada pekebun kecil perlu menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas kenaikan harga belian sawit pada masa ini, kata warga tani tersebut.
Pekebun ini memberitahu, kenaikan harga itu tidak dilakukan kerajaan kerana ia sebenarnya berlaku disebabkan kuasa pasaran dan kekurangan pengeluaran di ladang.
Oleh itu, Perikatan Nasional (PN) tidak boleh mendabik dada kerana peningkatan itu tiada kaitan dengan tindakan kerajaan, kata seorang pekebun kecil, Maznah Arsad.
“Tiada sebab nak kena sokong Muhyiddin sebab harga kelapa sawit naik. Ini bukan sebab usaha kerajaan,” katanya.
Harga belian kelapa sawit tandan mencecah RM1,000 bagi satu tan metrik sejak beberapa minggu lalu, berbanding RM250 hingga RM300 sebelum ini.
Ia meningkatkan pendapatan para petani ini yang dapat meraih pendapatan antara RM5,000 hingga RM6,000 daripada hasil ladang seluas 4 hektar.
Kenaikan itu menyebabkan harga harian minyak sawit mentah meningkat sehingga paras RM4,070 bagi satu tan metrik setakat 10 Jun lalu.
Kenaikan itu nyata melegakan kira-kira 450,000 pekebun kecil yang bergantung harap kepada hasil komoditi tersebut.
Menteri Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali juga berbangga dengan kenaikan harga tersebut yang menguntungkan warga pekebun.
Peningkatan itu jauh berbeza dengan harga minyak kelapa sawit mentah sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang pernah mencedah paras terendah RM1,800 bagi satu tan metrik.
Namun bagi pekebun ini, harga tersebut tiada kena mengena dengan tindakan mana-mana parti yang menguasai kerajaan kerana situasi sama akan berlaku apabila pengeluaran meningkat kelak.
“Naiklah harga sawit macam mana pun, bukan sebab kerajaan yang menaikkan harga sawit.
“Kenaikan ini sebab hasil buah kurang, jadi sebab itu harga naik. (Apabila) permintaan tinggi, penawaran kurang jadi harga naiklah. Itu biasa dalam ekonomi.
“Ini bukan usaha kerajaan, tak perlu nak sokong kerajaan (harga naik), bila pengeluaran buah kelapa sawit banyak, harga jatuh juga nanti,” kata Maznah.
Seorang lagi pekebun, Ahmad Muzammil Borhan berkata, kenaikan harga kelapa sawit itu hanya kebetulan berlaku sewaktu pentadbiran PN.
Generasi ketiga peneroka Felda Tenang, Johor itu berkata, harga minyak kelapa sawit mentah ditentukan di pasaran bebas berdasarkan permintaan dan penawaran.
“Bukan sebab kerajaan harga kelapa sawit naik. Kebetulan kita berada dalam pentadbiran PN dan harga minyak kelapa sawit mentah meningkat.
“Begitu juga sewaktu pentadbiran PH waktu itu kebetulan harga minyak kelapa sawit mentah jatuh menjunam.
“Kerajaan tidak boleh tentukan harga pasaran,” katanya lagi.
Kenaikan harga minyak mentah itu seterusnya menyebabkan peningkatan mendadak bagi minyak sawit yang dibotolkan untuk pengguna.
Harga runcit terkini minyak sawit 5kg yang tidak dikenakan subsidi kini mencecah sehingga RM30 berbanding sekitar RM22 sebelumnya.
Namun begitu, harga minyak paket 1kg kekal tidak berubah pada kadar RM2.50 dengan subsidi kerajaan, yang menimbulkan kebimbangan pekebun.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Aliasak Ambia berkata kerajaan harus memantau perkara itu.
Beliau berkata, tanpa kawalan, kenaikan itu akan turut memberikan kesan kepada pekebun kecil.
“Harga kelapa sawit naik memang pekebun kecil untung, kali ini harganya naik banyak.
“Harga minyak masak naik itu permainan orang perniagaan, itu patut kerajaan kena kawal sikit, kena semak,” katanya, kepada The Malaysian Insight.
Beliau berpendapat kenaikan harga disebabkan kekurangan pengeluaran di ladang, termasuk estet-estet besar sedangkan permintaan terhadap minyak kelapa sawit kekal seperti biasa.
Ia berpunca dari pokok kelapa sawit yang melawas dan kurang mengeluarkan buah, kata Aliasak yang turut menolak dakwaaan harga meningkat ekoran promosi penggunaan minyak sawit.
“Kenaikan itu disebabkan pengeluaran buah kelapa sawit di kebun dan ladang kurang, buah sawit melawas.
“Permintaan pula macam biasa, tinggal lagi kelapa sawit hasil tak banyak. Kerajaan kata dialah buat (promosi sawit) tapi sebenarnya sawit pengeluaran buah kurang sekarang,” kata Aliasak lagi.
Tambahnya, harga sekarang harus dikekalkan kerana ia membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan pekebun kecil.
Bagaimanapun menurutnya orang tengah masih berpengaruh dalam penentuan harga komoditi tersebut dari pekebun kecil.
“Harga itu memang patut naik lama dah. Tapi orang tengahlah… Sekarang pekebun kecil bersyukur.
“Kalau naik terus melambung macam ini baguslah,” katanya lagi ~
The Malaysian Insight
Demikianlah Artikel Harga Sawit Tinggi: Bukan Usaha Kerajaan Perikatan Nasional Pun..
Sekianlah artikel Harga Sawit Tinggi: Bukan Usaha Kerajaan Perikatan Nasional Pun.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harga Sawit Tinggi: Bukan Usaha Kerajaan Perikatan Nasional Pun.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/harga-sawit-tinggi-bukan-usaha-kerajaan.html