Wayang Apa Sedang Dimainkan Di Tasik Chini Ini?

Wayang Apa Sedang Dimainkan Di Tasik Chini Ini? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wayang Apa Sedang Dimainkan Di Tasik Chini Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wayang Apa Sedang Dimainkan Di Tasik Chini Ini?
link : Wayang Apa Sedang Dimainkan Di Tasik Chini Ini?

Baca juga


Wayang Apa Sedang Dimainkan Di Tasik Chini Ini?

Kawasan seluas 4,600 hektar di Tasik Chini di Pekan, Pahang - yang dikatakan telah dijadikan hutan simpan kekal pada tahun 2019 untuk melindungi biodiversiti- belum diwartakan secara rasmi.

Difahamkan pewartaan itu tidak dibuat lebih dua tahun setelah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang memutuskan pada 6 Mac 2019 untuk mengisytiharkan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai hutan simpan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Mohd Hizamri Mohd Yasin dalam satu kenyataan pada Ahad lalu berkata pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan Tasik Chini sebagai Hutan Perlindungan setelah pewartaan selesai.

Diminta menjelaskan hal tersebut, Hizamri berkata usaha mewartakan Tasik Chini sebagai hutan simpan masih berjalan.

"Ia dalam masa terdekat yang tidak dapat saya nyatakan sebab ia di bawah urusan Pejabat Tanah dan Daerah Pekan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang," katanya.

Pada 14 Jun, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya kawasan Hutan Simpan Chini, Pekan seluas 4,600 hektar ditambah kepada 6,000 hingga 7,000 hektar berikutan kebimbangan aktiviti perlombongan yang boleh mengancam tasik berkenaan.

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail kemudiannya berkata kerajaan negeri akan mematuhi titah tersebut.

Namun, kawasan asalnya menghadapi halangan untuk secara rasmi ditukar sebagai hutan simpan kekal.

Ditanya mengapa perlu bertahun-tahun untuk mewartakan Tasik Chini sebagai hutan simpan, Hizamri berkata ini kerana "beberapa lesen melombong masih berkuatkuasa".

Lesen-lesen ini diberikan sebelum 2019 iaitu sebelum larangan dikenakan terhadap pengeluaran lesen baru.

Meskipun belum ada lesen baru dikeluarkan, mereka yang telah memperoleh lesen masih boleh melakukan aktiviti perlombongan di kawasan tersebut.

Ketika ditanya apakah pewartaan tersebut hanya akan berkuatkuasa setelah semua lesen perlombongan tamat, Hizamri berkata: "Kita junjung titah Tunaku (Tengku Hassanal)."

Pejabat Tanah dan Galian Pahang mengatakan bahawa sebelum 'pewartaan' pada tahun 2019, sebanyak 14 lesen perlombongan telah dikeluarkan, di mana hanya dua yang masih sah.

Pejabat itu berkata kedua-dua lesen tersebut akan tamat tahun ini, termasuk satu pada akhir bulan ini.

'Kenapa ada lesen perlombongan masih aktif?'

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, yang merupakan bekas timbalan menteri air, tanah dan sumber asli, mempertikaikan penjelasan Pejabat Tanah dan Galian Pahang.

"Saya mengunjungi Tasik Chini pada bulan April 2019. Saya diberitahu bahawa hanya ada satu lesen perlombongan yang masih aktif dan akan tamat pada Oktober tahun itu.

"Kenapa sekarang, pada tahun 2021, terdapat dua lesen perlombongan yang masih aktif?" katanya.

Tengku Zulpuri berkata, dia mengesyaki masih banyak lesen perlombongan mungkin telah diluluskan setelah Pakatan Harapan tumbang tahun lalu, dan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

Seawal bulan lalu, usaha masih dilakukan untuk memulakan operasi perlombongan di kawasan tersebut.

Pada 3 Jun, Media melaporkan Hanishah Ventures Sdn Bhd, sebuah firma yang berkaitan dengan kerabat diraja, sedang berusaha untuk memulakan operasi perlombongan di kawasan yang terletak kira-kira 3km dari Tasik Chini.

Kerajaan negeri Pahang telah memberikan pengecualian untuk perlombongan mangan, walaupun kawasan tersebut dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2.

Di bawah kategori ini, kawasan tersebut boleh dibangunkan dengan syarat-syarat tertentu tetapi aktiviti perlombongan tidak dibenarkan.

Rancangan ini diketahui umum setelah melalui penilaian impak alam sekitar.

Isu tersebut menarik perhatian pemangku Raja Pahang, yang mengunjungi lokasi awal minggu ini dan meminta dihentikan semua aktiviti perlombongan di Tasik Chini.

Tiada komen dari Pejabat Tanah dan Galian Pahang dan Pejabat Menteri Besar Pahang buat masa ini.

Tasik Chini, hutan belantara tropika yang subur dan kaya dengan biodiversiti, adalah tasik semula jadi kedua terbesar di negara ini.

Pada tahun 2009, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengisytiharkan kawasan itu, yang menempatkan ratusan spesies flora, ikan hidupan bukan akuatik sebagai salah satu kawasan rizab biosfera.

Aktivis alam sekitar memberi amaran bahawa Tasik Chini mungkin kehilangan status Rizab Biosfera Unesco sekiranya pencemaran di kawasan itu terus berlanjutan lapor Malaysiakini


Demikianlah Artikel Wayang Apa Sedang Dimainkan Di Tasik Chini Ini?

Sekianlah artikel Wayang Apa Sedang Dimainkan Di Tasik Chini Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wayang Apa Sedang Dimainkan Di Tasik Chini Ini? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/06/wayang-apa-sedang-dimainkan-di-tasik.html

Subscribe to receive free email updates: