Lain Dibincang Dalam Mesyuarat , Lain Yang Keluar Dari Mulut Zahid?

Lain Dibincang Dalam Mesyuarat , Lain Yang Keluar Dari Mulut Zahid? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lain Dibincang Dalam Mesyuarat , Lain Yang Keluar Dari Mulut Zahid?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lain Dibincang Dalam Mesyuarat , Lain Yang Keluar Dari Mulut Zahid?
link : Lain Dibincang Dalam Mesyuarat , Lain Yang Keluar Dari Mulut Zahid?

Baca juga


Lain Dibincang Dalam Mesyuarat , Lain Yang Keluar Dari Mulut Zahid?

Kenyataan yang dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sejurus Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung semalam tidak menggambarkan keputusan yang dibincang dalam pertemuan selama hampir lima jam itu.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Zahid tersebut menyeleweng daripada topik perbincangan yang berjalan semalam atau dalam erti kata lain yang dibincang tapi lain pula yang keluar dari mulutnya semasa membaca perutusan sidang media itu.

“Sebaik saja Presiden UMNO selesai membuat kenyataan media lewat tengah malam tadi, saya dihubungi beberapa ahli MT yang menyatakan kenyataan media Presiden tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MT,” katanya dalam satu kenyataan.

Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

Malah, Annuar mendedahkan hasil daripada maklumat yang diberikan, kenyataan media semasa siaran sidang media tersebut sudah dirancang lebih awal sebelum berlangsung mesyuarat MT jam 8.30 malam semalam.

“Tinjauan lanjut menyatakan apa yang dibaca kepada media adalah kenyataan yang telah disiapkan lebih awal, sebelum MT bermesyuarat. Jika benar, ternyata sekali lagi MT di permainkan dan ini amat serius,” katanya.

Jelasnya, perkara tersebut bukan kali pertama berlaku apabila Zahid membuat keputusan mengikut kepentingan peribadinya dan keputusan semalam juga tidak melibatkan sebarang undian dibuat seperti kebiasaan yang berlaku dalam mesyuarat MT sebelum membuat sebarang ketetapan parti.

“Mengapakah ini terus terjadi berkali-kali… Lain di bincang, lain pula dirumuskan.

“25 ahli MT telah bercakap, dalam suasana yang agak tenang dan jujur memberi pendapat… Jelas banyak pendapat yang berbeza. Tiada konsensus yang ketara.

“Tiada undian dibuat… Malah perbincangan tidak berkisar pada sama ada UMNO perlu keluar dari Kerajaan PN (Perikatan Nasional), seperti yang dimomokkan sebelum ini, termasuk pendirian yang dipohon dari pertemuan secara berasingan dengan ahli MT,” katanya lagi.

Annuar juga menggesa supaya Zahid menjelaskan kedudukan sebenar kerana akhirnya kebenaran akan terserlah jua.

“Lambat laun kedudukan sebenar akan terserlah jua. Tak baik bagi parti kita,” katanya.

Malam tadi, Zahid sekali lagi mengumumkan keputusan yang seakan sama semasa ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 tetapi kali ini dengan lebih keras menuntut supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat dan memutuskan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Zahid juga menuntut supaya PM baharu dilantik bagi menggantikan Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan individu yang layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

Bagaimanapun, Zahid berkata hanya PM sahaja berundur dan Menteri Kabinet sedia ada akan kekal.

Laporan dipetik dari AgendaDaily


Kalau PM berundur atau letak jawatan.. macam mana pula Kabinet boleh kekal?


Demikianlah Artikel Lain Dibincang Dalam Mesyuarat , Lain Yang Keluar Dari Mulut Zahid?

Sekianlah artikel Lain Dibincang Dalam Mesyuarat , Lain Yang Keluar Dari Mulut Zahid? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lain Dibincang Dalam Mesyuarat , Lain Yang Keluar Dari Mulut Zahid? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/lain-dibincang-dalam-mesyuarat-lain.html

Subscribe to receive free email updates: