UMNO Tolak Muhyiddin Dan Tak Sokong Anwar Sebagai PM

UMNO Tolak Muhyiddin Dan Tak Sokong Anwar Sebagai PM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Tolak Muhyiddin Dan Tak Sokong Anwar Sebagai PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Tolak Muhyiddin Dan Tak Sokong Anwar Sebagai PM
link : UMNO Tolak Muhyiddin Dan Tak Sokong Anwar Sebagai PM

Baca juga


UMNO Tolak Muhyiddin Dan Tak Sokong Anwar Sebagai PM

KUALA LUMPUR: UMNO mengambil keputusan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan serta-merta.

Menurut Ahmad Zahid, segala panduan utama yang digariskan oleh UMNO sebagai syarat sokongan terhadap Muhyiddin sebelum ini telah gagal dipenuhi dan dilaksanakan dengan memuaskan.


Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  

Katanya, kerajaan ternyata telah gagal dalam memenuhi segala aspirasi rakyat dalam beberapa perkara utama.

Perkara yang disebutkan oleh Ahmad Zahid ialah:

* Kegagalan kerajaan menangani pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan keresahan rakyat, polisi tidak konsisten dengan pelaksanaan PKP separuh masak selama 6 bulan.

* Kegagalan kerajaan amat nyata, dalam menyalahgunakan Darurat yang dianggap sebagai muslihat politik hingga menyebabkan kemudaratan kepada rakyat, ekonomi negara sekali gus menafikan suara UMNO yang membantah proklamasi Darurat. Ini ternyata banyak membebankan rakyat dengan mengenakan kompaun yang bersifat dwi-standard apatah lagi terbeban dengan kelangsungan hidup.

* Kegagalan kerajaan mengamalkan Demokrasi Berparlimen. Membantutkan check-and-balance dalam aspek memerangi pandemik dan perbelanjaan.

* Kegagalan rakyat memberi bantuan tuntutan kepada rakyat termasuk moratorium terakru, dan tidak dipanjangkan kepada lembaga pembiayaan sektor awam, skim i-Citra tidak mesra rakyat, BPR, BPN yang lambat sehingga ramai rakyat tercicir.

* Kegagalan memberi keyakinan kepada rakyat sehinga peningkatan masalah sosial seperti kes bunuh diri. Daripada Mac 2020 hingga Mei 2021 berjumlah 1099 kes. Manakala kita juga lihat Gerakan Bendera Putih, protes Rakyat untuk menyantuni tekanan rakyat yang terdesak sekarang ini.

* Kegagalan kerajaan meneri kestabilan kerajaan sehingga pelabur asing tiada. Meletakkan negara kita ketiga paling bawah dari 53 negara ekonomi (laporan Bloomberg).

* Kegagalan kerajaan dalam memperkotak-katik Raja sehingga Parlimen, dan pelan pemulihan negara. Selaku parti yang menjadi benteng utama, sesungguhnya UMNO tidak boleh berkompromi dengan sikap kerajaan ini terhadap institusi Raja-Raja.

"Berdasar tujuh perkara di atas, Kerajaan Muhyiddin Yassin adalah gagal. Tujuh perkara ini adalah pra-syarat untuk UMNO meneruskan sokongan.

"Bagi memenuhi mandat Perhimpunan UMNO 2020, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin ditarik balik dan ditamatkan serta-merta," tegas beliau pada sidang media secara maya selepas mesyuarat MKT UMNO, pada awal pagi Khamis.


Selain itu, katanya UMNO juga mendesak agar Muhyiddin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.

“Tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani COVID-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.

“Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

Jelasnya, ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar- benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam titah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Mesyuarat MKT malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH.

Sebelum ini Astro AWANI melaporkan, menurut sumber dalaman UMNO, mesyuarat yang diadakan secara maya itu dijangka memberi tumpuan kepada usaha-usaha membawa keluar UMNO daripada kerjasama bersama PN bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Media turut melaporkan, Ahmad Zahid sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Ahli MKT UMNO bagi mendapatkan sokongan untuk keluar daripada kerajaan sedia ada.


Laporan dipetik dari AstroAwani


Demikianlah Artikel UMNO Tolak Muhyiddin Dan Tak Sokong Anwar Sebagai PM

Sekianlah artikel UMNO Tolak Muhyiddin Dan Tak Sokong Anwar Sebagai PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Tolak Muhyiddin Dan Tak Sokong Anwar Sebagai PM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/umno-tolak-muhyiddin-dan-tak-sokong.html

Subscribe to receive free email updates: