Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh, Pesakit Covid-19 Meningkat

Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh, Pesakit Covid-19 Meningkat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh, Pesakit Covid-19 Meningkat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh, Pesakit Covid-19 Meningkat
link : Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh, Pesakit Covid-19 Meningkat

Baca juga


Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh, Pesakit Covid-19 Meningkat

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan digesa supaya menyalurkan bantuan kepada Hospital Pulau Pinang (HPP) yang sedang menghadapi isu peningkatan kemasukan pesakit Covid-19.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkhidmatan sokongan kesihatan di hospital berkenaan dilaporkan hampir lumpuh ekoran daripada situasi terkini penularan Covid-19 yang berlaku di Pulau Pinang.

Beliau berkata, disebabkan itu, kerajaan Persekutuan perlu menyalurkan sumber dan tenaga kerja kepada hospital tersebut bagi membolehkan ia melindungi keselamatan kakitangan dan pesakit di pusat kesihatan terbabit.

“Kekurangan ruang untuk hospital hibrid seperti HPP bermaksud penjarakan fizikal tidak dapat dijaga sehingga menyebabkan peningkatan jangkitan Covid-19 dalam kalangan kakitangan.

“Apa yang tragis ialah pesakit bukan Covid-19 yang datang untuk menjalani pembedahan di situ akhirnya mendapat Covid-19 sehingga ada yang meninggal akibat virus tersebut.

“Pakar bedah terbabit mengatakan tiga pesakit yang diuji negatif untuk Covid-19 sebelumnya dan sedang pulih setelah pembedahan yang berjaya telah dijangkiti Covid-19 selepas pembedahan dan mereka tidak dapat melawan virus tersebut kerana keadaan mereka yang masih lemah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai situasi getir dihadapi HPP yang dilaporkan menerima kemasukan harian pesakit Covid-19 mencecah lebih 1,000 kes.

Laporan pada Rabu itu turut menyatakan beberapa fasiliti di hospital tersebut termasuk bilik pembedahan umum telah ditukarkan menjadi wad dan unit rawatan rapi (ICU) bagi menampung pesakit Covid-19.

Guan Eng berkata, menerusi memorandum yang ditandatangani oleh beberapa pakar bedah hospital tersebut, antara perkara dicadangkan untuk menangani masalah tersebut ialah pelaksanaan waktu operasi 24 jam, mempercepatkan penggunaan khidmat luaran dan pertukaran pusat kesihatan berkenaan kepada hospital Covid-19.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang turut perlu melakukan usaha bersepadu bagi menangani masalah tersebut tanpa sepenuhnya mengikut dasar ditetapkan kerajaan pusat.

“Tidak bolehkah kerajaan negeri menghantar pegawai kita sendiri untuk membantu dengan sekurang-kurangnya menguruskan talian telefon atau menyediakan ambulans?

“Kerajaan negeri, khususnya Exco Kesihatan negeri, perlu melakukan perubahan daripada pendekatan pasif sekarang kepada inisiatif secara terus dan proaktif yang dapat memberi perubahan dalam membantu rakyat Pulau Pinang menyelamatkan nyawa dan mata pencarian mereka,” jelasnya lapor Sinar



Demikianlah Artikel Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh, Pesakit Covid-19 Meningkat

Sekianlah artikel Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh, Pesakit Covid-19 Meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh, Pesakit Covid-19 Meningkat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/hospital-pulau-pinang-hampir-lumpuh.html

Subscribe to receive free email updates: