Ahli Bersatu Didakwa Membunuh Pengawal Keselamatan

Ahli Bersatu Didakwa Membunuh Pengawal Keselamatan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Bersatu Didakwa Membunuh Pengawal Keselamatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Bersatu Didakwa Membunuh Pengawal Keselamatan
link : Ahli Bersatu Didakwa Membunuh Pengawal Keselamatan

Baca juga


Ahli Bersatu Didakwa Membunuh Pengawal Keselamatan

AHMAD Noor Azhar Muhammad didakwa kerana membunuh atas kematian pengawal keselamatan kondominium S. Thava Sagayam yang meninggal dunia akibat kecederaan dari insiden yang berlaku Disember tahun lalu.

Tertuduh berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Azhar yang merupakan ahli Pemuda Bersatu, dituduh membunuh Thava antara pukul 8 pagi dan 9.30 pagi di Tingkat 7 Menara Majestic, Jalan CM Yusuff di Ipoh pada 29 Disember lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus hari ini.

Tertuduh sebelum ini didakwa di bawah Seksyen 355 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah. 

Pada 31 Ogos lalu, polis menghklasifikasikan semula kes berkenaan kepada bunuh selepas Thava meninggal dunia.

Ketika kejadian tertuduh dilaporkan menyerang Thava selepas tidak membenarkan anak Noor Azhar menggunakan kolam renang yang ditutup ketika itu.

Thava dimasukkan ke hospital selepas serangan itu dan menjalani lapan pembedahan di bahagian kepala.

Laporan bedah siasat menunjukkan mendiang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, namun keluarganya mendakwa keadaan kesihatannya semakin teruk akibat serangan berkenaan.

Keluarga mangsa turut memuat naik video Thava diserang di media sosial.

Laporan penuh di SINI



Demikianlah Artikel Ahli Bersatu Didakwa Membunuh Pengawal Keselamatan

Sekianlah artikel Ahli Bersatu Didakwa Membunuh Pengawal Keselamatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Bersatu Didakwa Membunuh Pengawal Keselamatan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/ahli-bersatu-didakwa-membunuh-pengawal.html

Subscribe to receive free email updates: