Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan Dipecat

Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan Dipecat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan Dipecat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan Dipecat
link : Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan Dipecat

Baca juga


Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan Dipecat

 


SEREMBAN: Selepas mengeluarkan kenyataan media mengenai Majlis Pimpinan Negeri (MPN) secara terbuka pada Ahad lalu, Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, Yusof Tapar dipecat daripada jawatan itu berkuat kuasa hari ini.

Surat pemecatan itu ditandatangani Menteri Besar merangkap Pengerusi MPN Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dalam surat berkenaan dinyatakan kedudukan Yusop tidak lagi wajar dikekalkan susulan perkembangan mutakhir dan kenyataan media secara terbuka yang dibuatnya.

Yusop ketika dihubungi malam ini mengesahkan menerima surat pemecatan berkenaan pada kira-kira jam 4 petang tadi menerusi serahan tangan oleh kakitangan Pejabat Menteri Besar.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai sudah dijangka dan tidak ada masalah mengenainya.

"Saya sudah menjangkakan perkara ini dan tindakan yang akan dikenakan terhadap saya.

"Saya tidak sedih pun, malah sudah bersedia dari awal. Selepas ini saya lebih bebas untuk bercakap dan tidak mahu bersekongkol dengan orang yang boleh saya katakan telah memalukan parti.

"Namun begitu, walaupun dipecat, saya akan tetap setia kepada parti dan akan terus bersuara jika ada yang dilihat tidak betul dalam parti," katanya, hari ini.

Jelasnya, beliau tidak kisah dengan jawatan itu dan pernah empat kali meminta untuk dipecat sebelum ini kerana tidak bersetuju dengan pentadbiran Aminuddin dalam parti.

Ahad lalu, Yusof bersama beberapa pemimpin PKR negeri mengeluarkan kenyataan bersama mengenai kepimpinan PKR Negeri Sembilan menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Aminuddin.

Mereka mendakwa Pengerusi MPN Negeri Sembilan itu tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan penguasaan parti bagi memastikan terus kekal mentadbir selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Yusuf yang dilantik ke jawatan berkenaan sejak tiga tahun lalu berkata, pemecatan itu sepatutnya dibawa dalam mesyuarat MPN sepertimana ketika pelantikannya sebelum ini.

"Apa pun saya akur dan tiada masalah dengan pemecatan jawatan itu, namun akan tetap memberikan sokongan padu kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya yang berada dalam parti sejak 1998 lapor Berita Harian



Demikianlah Artikel Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan Dipecat

Sekianlah artikel Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan Dipecat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan Dipecat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/09/ketua-penerangan-pkr-negeri-sembilan.html

Subscribe to receive free email updates: