Kematian Marini Bukan Disebabkan Pencemaran Sungai Kim Kim

Kematian Marini Bukan Disebabkan Pencemaran Sungai Kim Kim - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kematian Marini Bukan Disebabkan Pencemaran Sungai Kim Kim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kematian Marini Bukan Disebabkan Pencemaran Sungai Kim Kim
link : Kematian Marini Bukan Disebabkan Pencemaran Sungai Kim Kim

Baca juga


Kematian Marini Bukan Disebabkan Pencemaran Sungai Kim Kim


Dakwaan kematian seorang wanita dikenali Marini Kasman, 38, yang didakwa menjadi korban pertama insiden pencemaran Sungai Kim Kim, di sini, adalah tidak benar.

Perkara itu dinafikan suaminya, A Bakar Abd Rahman, 47, yang turut kecewa berita sedih dia dan ahli keluarganya itu telah dijadikan bahan pihak tidak bertanggunjawab untuk kepentingan tertentu.

Menurutnya, isterinya yang disahkan meninggal dunia, jam 4 pagi semalam itu dimaklumkam hospital kerana kegagalan jantung dan bukan disebabkan bahan kimia.

“Arwah isteri saya memang ada sakit, sebelum ini dia juga menghidap darah tinggi. Sebelum meninggal dunia doktor juga ada maklumkan yang paru-paru isteri saya sudah dimasuki air dan kurang oksigen.

“Dia juga telah dikejarkan ke hospital malam itu (5 Julai) dengan ambulan kerana mengadu sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia jam 4 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Cahaya Masai di sini hari ini.

A Bakar berkata, maklumat mengenai kematian isterinya itu juga dikatakan telah dimanipulasi pihak tertentu dan dipercayai ketika dia ditanya pelbagai pihak semasa menguruskan jenazah isterinya.

“Saya terkilan kerana ada pihak sanggup buat begini di saat saya hilang seseorang paling dekat dengan saya, ketika itu semestinya saya sedikit beremosi dan tidak boleh menahan pelbagai perasaan.

“Jika ada kesilapan, saya minta maaf tetapi kenyataan saya bukan seperti itu, kenapa mesti ambil kesempatan,” katanya.

Bapa kepada seorang cahaya mata berusia tujuh tahun itu juga memaklumkan akibat daripada penularan berita palsu tersebut dirinya telah dipanggil polis untuk membantu siasatan.

“Perkara ini (berita kematian isteri) mula disedari saya pagi tadi, semuanya maklum isteri saya meninggal dunia kerana pencemaran Sungai Kim Kim. Disebabkan perkara ini juga saya telah dipanggil oleh polis untuk berikan keterangan lagi.

“Saya minta sangat berita ini dihentikan, saya tidak mahu perkara ini jadi lebih panjang dan tidak reda jika kuburnya pula perlu digali,” katanya.

Dia juga berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan sekali gus mengambil tindakan kepada pihak yang sengaja menimbulkan isu ini.

“Saya agak kesal dengan perkara seperti ini, diharapnya pihak polis dapat mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab menularkan perkara tidak benar ini.

“Untuk bersihkan nama baik keluarga saya, saya juga akan membuat laporan polis untuk membolehkan tindakan diambil,” katanya.

Artikel penuh sila baca di SINI


Demikianlah Artikel Kematian Marini Bukan Disebabkan Pencemaran Sungai Kim Kim

Sekianlah artikel Kematian Marini Bukan Disebabkan Pencemaran Sungai Kim Kim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kematian Marini Bukan Disebabkan Pencemaran Sungai Kim Kim dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/07/kematian-marini-bukan-disebabkan.html

Subscribe to receive free email updates: