Nazri Yakin Perjanjian Muhyiddin, DAP Sudah Wujud

Nazri Yakin Perjanjian Muhyiddin, DAP Sudah Wujud - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri Yakin Perjanjian Muhyiddin, DAP Sudah Wujud, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri Yakin Perjanjian Muhyiddin, DAP Sudah Wujud
link : Nazri Yakin Perjanjian Muhyiddin, DAP Sudah Wujud

Baca juga


Nazri Yakin Perjanjian Muhyiddin, DAP Sudah Wujud

SHAH ALAM - Seorang lagi ahli Parlimen UMNO melahirkan keyakinan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah mewujudkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan DAP sebelum UMNO memutuskan untuk keluar kerajaan, minggu lalu.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, keyakinan itu berdasarkan komitmen Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjanjikan peruntukan bakul makanan bernilai RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang baru-baru ini.

Katanya, secara lazim, amalan politik di Malaysia menyaksikan kerajaan memerintah tidak menyalurkan sebarang peruntukan tahunan kepada ahli Parlimen blok pembangkang yang dipercayai bernilai lebih RM3 juta.


"Sama ada wujud perjanjian CSA antara Muhyiddin dan DAP, saya tidak dapat sahkan.

"Lazimnya, sistem politik negara kita mengamalkan kaedah kerajaan tidak menyalurkan sebarang peruntukan tahunan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.

"Namun dengan komitmen terbaru program bantuan bakul makanan untuk membantu rakyat terkesan krisis Covid-19, saya percaya perjanjian CSA mungkin sudah diwujudkan Muhyiddin bersama DAP sahaja atau keseluruhan pihak pembangkang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menjangkakan kerajaan PN dipimpin Muhyiddin bakal menerima sokongan tidak dijangka daripada DAP pada saat memerlukan.

Jangkaan Tajuddin itu berasaskan langkah alternatif mungkin diambil kerajaan PN dan DAP sekiranya UMNO berterusan mendesak Muhyiddin untuk meletak jawatan dalam masa terdekat.

Pandangan Tajuddin turut diakui seorang sumber ahli Parlimen UMNO yang mendakwa satu satu perjanjian CSA sedang dirundingkan di antara kerajaan PN dan DAP ketika ini.

Untuk rekod, perjanjian CSA ini merupakan satu usaha bagi mengelakkan parlimen tergantung, dengan parti pembangkang akan bersetuju tidak akan menentang kerajaan minoriti tipis melalui undi percaya, mahupun undi bajet, namun mempunyai hak menentang peraturan atau undang-undang lain.

Perjanjian ini biasa dilakukan oleh negara-negara Komanwel dengan kerajaan Britain selepas pilihan raya umum 2017 turut memeterainya.

Hal itu berlaku selepas Perdana Menteri Britain ketika itu, Theresa May daripada Parti Konservatif yang telah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen, bersetuju untuk membuat perjanjian CSA dengan Parti Kesatuan Demokraktik.

Mohamed Nazri menambah, perjanjian CSA yang mungkin dipersetujui kerajaan PN bersama DAP, tidak semestinya berbentuk sokongan secara kepartian.

Sebaliknya, beliau menegaskan Muhyiddin boleh memeterai perjanjian itu dengan pemimpin-pemimpin DAP atau parti pembangkang lain termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara persendirian.

"Paling penting, perjanjian CSA berkenaan membolehkan kerajaan PN akan terus bertahan meskipun berstatus minoriti kelak.

"Lagipun, parti-parti pembangkang seperti DAP sudah pasti menyedari sekarang bukan masa terbaik untuk mereka bertindak menukar kerajaan kerana tindakan itu akan mengundang kemarahan rakyat pada saat mereka susah dan menderita akibat Covid-19," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan parti itu akan menyokong Muhyiddin dalam usul undi percaya kepimpinan Perdana Menteri sebagaimana didakwa Tajuddin.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), Guan Eng turut menegaskan DAP dan keseluruhan blok pembangkang sebaliknya akan terus mendesak Muhyiddin meletak jawatan susulan kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen, susulan keputusan UMNO menarik balik sokongannya serta-merta.

"Dakwaan Tajuddin adalah satu 'penipuan'. Saya minta beliau tunjukkan bukti kerjasama CSA dengan Muhyiddin seperti didakwa.

"Penipuan ini tercetus kerana pertelingkahan dalaman UMNO. Khabar angin ini dicetuskan oleh pihak dalam UMNO yang menyokong Muhyiddin," katanya lapor Sinar



Demikianlah Artikel Nazri Yakin Perjanjian Muhyiddin, DAP Sudah Wujud

Sekianlah artikel Nazri Yakin Perjanjian Muhyiddin, DAP Sudah Wujud kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri Yakin Perjanjian Muhyiddin, DAP Sudah Wujud dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/nazri-yakin-perjanjian-muhyiddin-dap.html

Subscribe to receive free email updates: