RM700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
RM700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politiklink :
RM700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik
Baca juga
RM700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik
PETALING JAYA: Ketidakstabilan politik yang melanda Malaysia ketika ini memberikan kesan negatif kepada pasaran, khususnya terhadap aliran keluar dana dari asing dari pasaran ekuiti yang mengalami penurunan sejak Mac 2018.
CGS-CIMB berkata, kedudukan rapuh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini mengurangkan keyakinan pelabur terhadap kepemimpinan masa hadapan dan arah tuju polisi negara.
Kata beliau, ia berpotensi melanjutkan aliran keluar dana asing dari pasaran ekuiti Malaysia dan kekukuhan syarikat dengan pegangan asing tinggi mungkin berkurang dengan potensi penjualan.
Institut penyelidikan itu menjelaskan, penarikan diri UMNO dari pakatan Perikatan Nasional (PN) membawa beberapa kemungkinan yang melemahkan kepemimpinan Muhyiddin dan PN.
“Kami mengumpul beberapa potensi senario dari pakar-pakar politik akibat keputusan UMNO, iaitu Perdana Menteri letak jawatan; Perdana Menteri memohon pembubaran Parlimen; Perdana Menteri terus memimpin kerana tiada bukti beliau tiada sokongan majoriti; Perdana Menteri digugurkan melalui undi tidak percaya atau Yang di-Pertuan Agong melaksanakan kuasanya dan melantik Perdana Menteri interim sebelum pilihan raya diadakan kerana situasi Covid-19 semasa.
“Senario semasa ialah Perdana Menteri terus memimpin melainkan dapat dibuktikan beliau tiada sokongan majoriti ahli Parlimen,” katanya dalam laporan strategiknya untuk separuh kedua 2021 semalam.
Menurut CGS-CIMB, pelabur asing terus menjadi penjual bersih ekuiti Malaysia dengan jualan bersih terkumpul sebanyak RM4.2 bilion pada separuh pertama 2021.
Katanya, jumlah itu lebih rendah berbanding aliran keluar dana pada separuh pertama 2020 sebanyak RM16.2 bilion dan RM4.6 bilion pada separuh pertama 2019.
“Purata bulanan aliran keluar dana asing bersih pada separuh pertama 2021 adalah sebanyak RM700 juta.
“Aliran keluar dana bersih oleh pelabur asing dari Malaysia meningkat kepada kadar bulanan tertinggi pada Jun kepada RM1.17 bilion disebabkan kebimbangan terhadap potensi impak lanjuran sekatan pergerakan terhadap perniagaan, ketidaktentuan politik dan ringgit yang lemah,” katanya.
CGS-CIMB berpendapat, penyelesaian yang boleh dipersetujui oleh pelbagai parti politik bagi menstabilkan kerajaan berkemungkinan disambut positif oleh pasaran.
Katanya, penyelesaian tersebut mungkin dicapai pada dua sesi Parlimen seterusnya iaitu pada 6 hingga 30 September dan 25 Oktober hingga 16 Disember.
Dalam kedua-dua sesi Parlimen itu, kerajaan dijangka akan membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (20 September) dan Belanjawan 2022 (29 Oktober). – UTUSAN
Demikianlah Artikel RM700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik
Sekianlah artikel RM700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RM700 Juta Dana Asing Mengalir Keluar Setiap Bulan Kerana Ketidakstabilan Politik dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/rm700-juta-dana-asing-mengalir-keluar.html