Bolehkah Yang di-Pertuan Agong Pecat Perdana Menteri?

Bolehkah Yang di-Pertuan Agong Pecat Perdana Menteri? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bolehkah Yang di-Pertuan Agong Pecat Perdana Menteri?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bolehkah Yang di-Pertuan Agong Pecat Perdana Menteri?
link : Bolehkah Yang di-Pertuan Agong Pecat Perdana Menteri?

Baca juga


Bolehkah Yang di-Pertuan Agong Pecat Perdana Menteri?


SAYA terpanggil untuk berkongsi pandangan perundangan mengenai isu ini kerana sejak akhir-akhir ini, ada yang menyatakan pandangan dan tafsiran Perlembagaan tanpa mengambil perhatian kepada keseluruhan peruntukan Perlembagaan. 

Sekiranya ini berlaku, maka tafsiran itu tidak akan dapat menepati semangat Perlembagaan dan semangat demokrasi serta keseluruhan sistem pentadbiran negara.


Hubungan antara Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara dengan Ketua Kerajaan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Hubungan antara Sultan atau Raja dan Yang di-Pertua Negeri di negeri dengan Menteri Besar serta Ketua Menteri, adalah diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri masing-masing.

Bagi tujuan tulisan ini, saya merujuk kepada hubungan antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri mengenai kuasa berkaitan pelantikan dan pemecatan. Peruntukan berkenaan pelantikan Perdana Menteri dapat dilihat dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, tiada peruntukan yang boleh disebut secara spesifik mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Perdana Menteri.

Seperti dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui kuasa budi bicara baginda. Kuasa budi bicara di sini bermaksud kuasa yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa nasihat daripada mana-mana pihak. Kuasa pelantikan ini disandang oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.

BERTINDAK IKUT BUDI BICARA

Perkara 40(2) itu menyatakan, 'Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini'. Peruntukan ini adalah jelas memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perlembagaan menyatakan dalam Perkara 43 bahawa, (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: perjalanan fungsinya. (2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut, iaitu: Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan (b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri lain dalam kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen'.

Menerusi Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan yang dipetik di atas, jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melantik sembarangan orang yang disukainya sebagai Perdana Menteri. Seseorang itu hanya boleh dilantik Yang di-Pertuan Agong sekiranya beliau seorang Ahli Dewan Rakyat dan pada hemat baginda seseorang yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Syarat penting yang perlu diberi perhatian besar oleh Yang di-Pertuan Agong ketika melantik Perdana Menteri ialah kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menyebut mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri.

Persoalan yang dibangkitkan ialah, adakah autoriti yang mempunyai kuasa melantik akan juga mempunyai kuasa memecat. Prinsip umum ialah sesiapa yang mempunyai kuasa melantik juga mempunyai kuasa memecat, tetapi jika kuasa melantik itu disandarkan kepada pengaruh atau syarat lain, maka kuasa memecat adalah juga tertakluk kepada syarat lantikan berkenaan.

Prinsip ini dapat dilihat dalam Seksyen 29 Jadual Ke-11 Perlembagaan Persekutuan.

'Kuasa melantik termasuklah kuasa untuk membuang kerja. Jika satu undang-undang bertulis memberi mana-mana orang atau pihak berkuasa, kuasa untuk membuat perlantikan bagi memegang apa-apa jawatan atau kedudukan, maka melainkan jika terdapat niat berlawanan, kuasa itu hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung mana-mana orang yang dilantik dan melantik seorang lain buat sementara bagi menggantikan mana-mana orang yang digantung atau bagi menggantikan mana-mana pemegang jawatan atau kedudukan yang sakit atau tidak hadir.

Dengan syarat jika kuasa orang atau pihak berkuasa itu untuk membuat pelantikan hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan seseorang atau sesuatu pihak berkuasa lain, maka melainkan jika terdapat niat berlawanan, kuasa membuang kerja hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan orang atau pihak berkuasa yang lain itu.

Jadual Ke-11 ini dibaca dengan Perkara 160(1) Perlembagaan Persekutuan. Ia bertajuk Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No 7 tahun 1948), yang terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.

KEPERCAYAAN MAJORITI

Jika diperhatikan peruntukan di bawah Perkara 43(2) di atas, kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik adalah bergantung kepada 'kepercayaan majoriti Ahli Dewan', maka jika dibaca Seksyen 29 di atas pemecatan Perdana Menteri juga adalah bersyarat dengan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Penegasan yang perlu dibuat di sini ialah kepercayaan majoriti hendaklah datang daripada Ahli Dewan, bukan mana-mana pihak di luar Dewan, walaupun proses hilang kepercayaan itu boleh berlaku di luar Dewan.

Sebagai rumusan, kuasa memecat Perdana Menteri tidak tertakluk kepada kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong, walaupun kuasa melantik adalah kuasa budi bicara baginda. Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memecat Perdana Menteri sekiranya baginda yakin mengenai kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan dan baginda enggan membubarkan Dewan sekiranya diminta oleh Perdana Menteri. Keadaan ini disebut dalam Perkara 43(4).


Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz 
Disiarkan oleh Berita Harian pada 12 Oktober 2016




Demikianlah Artikel Bolehkah Yang di-Pertuan Agong Pecat Perdana Menteri?

Sekianlah artikel Bolehkah Yang di-Pertuan Agong Pecat Perdana Menteri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bolehkah Yang di-Pertuan Agong Pecat Perdana Menteri? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/07/bolehkah-yang-di-pertuan-agong-pecat.html

Subscribe to receive free email updates: