Azmin Bakal Timbalan Perdana Menteri? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin Bakal Timbalan Perdana Menteri?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Azmin Bakal Timbalan Perdana Menteri?link :
Azmin Bakal Timbalan Perdana Menteri?
Baca juga
Azmin Bakal Timbalan Perdana Menteri?
MUSIM lepas semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkuasa 17 bulan, pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kelihatan dibuat secara tergesa-gesa.
Dilakukan kurang empat jam sebelum mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Pelantikan yang diumumkan sekitar 5 petang, 7 Julai tahun ini itu hanya diisi selepas jawatan nombor dua kerajaan itu ‘lompong’ selama satu tahun empat bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin angkat sumpah 1 Mac 2020.
Kata Pejabat Perdana Menteri kelapan (PM8), TPM yang dilantik akan dapat “membantu Muhyiddin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini”.
Namun ibarat ‘telah karam maka bertimba’, malam hari sama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik TPM itu, MKT dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan mendesak Muhyiddin berundur.
Susulan penarikan sokongan kira-kira 15 ahli Parlimen UMNO terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin itulah membolehkan Ismail Sabri yang tidak sampai dua bulan mengisi jawatan TPM, diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar sebagai pemimpin nombor satu negara.
Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan PM8 pada 16 Ogos susulan kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Ia selang dua minggu selepas Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Maka selepas 44 hari PM9 angkat sumpah pada 21 Ogos, adakah jawatan TPM yang tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan itu masih relevan untuk diisi oleh Ismail Sabri?
Adakah keperluan mengisi jawatan TPM ini akan meletakkan Naib Presiden UMNO itu dalam tekanan meskipun itu hak prerogatif Perdana Menteri?
DUA PILIHAN
Setakat ini, pilihan yang ada sekarang adalah dua pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin, 64, dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, 57.
Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu diakui pengkritiknya seorang pemimpin tegar Bersatu.
Walaupun semua maklum beliau diketahui membawa kira-kira enam bekas ahli Parlimen UMNO ke dalam parti, Bersatu difahamkan bergantung kepada ‘buah fikiran dan strateginya’.
“Kalau tidak kerananya, masakan PN sampai boleh menerajui Sabah pada 26 September tahun lalu di bawah Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Banyak perancangan Bersatu membuahkan kejayaan…hasil tangan Hamzah,” kata pengkritiknya, yang sekali gus mengakui keupayaan Menteri Dalam Negeri itu.
Azmin pula yang merupakan timbalan presiden PKR sebelum bergabung dengan Bersatu, diketahui membawa 11 ahli Parlimen ketika Langkah Sheraton. Blok 11 ahli Parlimen itu ramai dan masih bersama dengannya.
Azmin dipercayai lebih disukai Muhyiddin. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dinamakan oleh Muhyiddin beberapa hari selepas mengumumkan barisan Kabinet baharunya 9 Ogos tahun lalu sebagai “menteri kanan yang akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet sewaktu ketiadaan saya”.
Yang giliran keduanya adalah Ismail Sabri (yang ketika itu juga menteri kanan).
Daripada sumber-sumber yang layak dipercayai kepada Utusan Malaysia, nama Azmin masih disebut setakat Julai lalu oleh Muhyiddin sebagai ‘pilihan Bersatu’. Maka apa pilihan Ismail Sabri?
CALON SABAH DAN SARAWAK
Ketika asyik memperkatakan dua calon pilihan ini, ada pandangan yang tiba di selekoh, supaya TPM juga perlu dilantik dari Sabah dan Sarawak.
Pernah ada gesaan supaya Kerajaan Persekutuan melantik dua orang lagi TPM, masing-masing dari dua negeri itu untuk membendung perasaan tidak puas hati warga Malaysia Timur.
“Lantik seorang timbalan perdana menteri untuk setiap wilayah dan perdana menteri akan dipilih oleh wakil rakyat atau menerusi sistem penggiliran,” kata ADUN Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan di sebuah forum bertajuk ‘Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)’ di Kuala Lumpur pada Jun 2014.
Jeffrey mencadangkan Semenanjung Malaysia kekal dengan 11 negeri sementara Sarawak dibahagikan kepada sembilan negeri manakala Sabah, lima negeri.
Tambah beliau, perlunya tiga TPM masing-masing satu untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Kita perlu selesaikan masalah ini, jika tidak kita harus berpisah dari Malaysia,” katanya waktu itu.
Begitupun, hari ini selepas tujuh tahun isu MA63 itu dibangkitkan Jeffrey, banyak kejayaan sebenarnya telah ditempa dari rundingan MA63 yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan.
Dan pada 13 September lalu, Ismail Sabri juga telah menyatakan komitmennya terhadap MA63 dengan memasukkan enam transformasi ke dalam MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH).
Melalui MoU itu, transformasi MA63 akan memperkukuh usaha ke arah pelaksanaan perkara yang termaktub dalam perjanjian itu dengan dokumen yang berkaitan dengannya.
Meskipun usaha meneruskan MA63 disenangi setakat ini oleh Sabah dan Sarawak, keperluan melantik TPM dari kalangan pemimpin kedua-dua negeri masih boleh difikirkan.
Apa lagi pula dengan Sarawak akan menyaksikan Pilihan Raya Negeri Ke-12 selepas Darurat berakhir Februari tahun depan, sekurang-kurangnya jawatan TPM yang diperuntukkan kepada pemimpin negeri itu akan terus memberi imej baik rakyat negeri itu kepada Pusat.
Dan setidak-tidaknya menerusi pelantikan TPM dari Sabah dan Sarawak akan ‘menyejukkan’ isu yang barangkali cuba dicetuskan oleh pengkritik terhadap calon TPM dari Semenanjung.
Ismail Sabri bagaimanapun dipercayai lebih maklum isu pelantikan TPM – setelah belajar banyak dari pengalaman 17 bulan bersama PN meskipun menginjak begitu pantas dari menteri kanan ke Perdana Menteri.
Jika diterima hujah di atas tadi, adakah calon TPM itu Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, 71, dan Hajiji, 65?
Dipetik dari
Utusan Malaysia
Demikianlah Artikel Azmin Bakal Timbalan Perdana Menteri?
Sekianlah artikel Azmin Bakal Timbalan Perdana Menteri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin Bakal Timbalan Perdana Menteri? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/azmin-bakal-timbalan-perdana-menteri.html