Judul : Otai Reformis : Dulu penyokong tetapi sekarang jadi penentang Reformasi Anwar!
link : Otai Reformis : Dulu penyokong tetapi sekarang jadi penentang Reformasi Anwar!
Otai Reformis : Dulu penyokong tetapi sekarang jadi penentang Reformasi Anwar!
Walaupun Tun Mahathir sendiri telah membuat kenyataan yang dia sedia didakwa atas segala tuduhan ke atasnya dan akan beri kerjasama, namun Otai Reformis Pusat tetap bertegas menentang kepimpinan Dr Mahathir untuk bersama Pakatan Harapan demi untuk bersama 'menyelamatkan Malaysia.
DSAI dan keluarganya telah memaafkan Dr Mahathir secara peribadi. Kalau Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah boleh terima Dr Mahathir, apasal Otai Reformis bertindak lebih sudu dari kuah?
Seorang sahabat memberikan reaksinya secara sinis menulis :
"Otai Pusat tak lupa kena cotar dan air asid fru masa zaman Mahathir dulu tu... Tapi Anwar yang kene bogel dan kene tumbuk rilek je."Otai Reformis nampaknya sudah mengambil pendirian yang berbeza dalam perjuangan mereka yang selama ini menyokong reformasi laungan Anwar Ibrahim.
Pendirian dan sikap baru Otai Reformis telah menyebabkan dua tonggak utama kepimpinannya telah meletakan jawatan dalam NGO tesebut.
Hanya kerana mempunyai jawatan dalam parti Amanah Negara, YB Saari Sungib terpaksa meletakan jawatannya sebagai pengerusi dalam NGO Otai Reformasi.
Keputusan Otai Reforamasi supaya mana-mana ahlinya yang mempunyai jawatan dalam mana-mana parti melepaskan jawatan yang disandang itu adalah tindakan yang tidak matang.
Keadaan ini saling tak tumpah mahu mengikut perangai buruk parti lama Saari Sungib yang marahkan ahlinya menyertai NGO PASMA suatu ketika dulu.
Hingga ada yang mahu sertai PSM nak lawan Pakatan! Ini adalah tindakan yg melampau. Daripada menyokong tetapi sekarang sudah bertukar jadi penentang! - sanggup bakar kelambu sbb marahkan nyamuk!
Tindakan yg terbaik baginya sepatutnya adalah tawaquf dengan tidak menyertai mana-mana parti politik dan jadi pemerhati politik sahaja.
Otai Pusat dah jadi tali hayat Umno sebagaimana parti suci Lebai. Walau bagaimana pun, saya dimaklumkan Otai Reformis Perak tidak bersama dengan keputusan Otai Pusat.
Otai Perak tetap bersama perjuangan menentang regim Najib Kleptokrat. Otai Perak akan bermesyuarat hari ini dan akan menyatakan sikap mereka dalam isu tersebut.
Demikianlah Artikel Otai Reformis : Dulu penyokong tetapi sekarang jadi penentang Reformasi Anwar!
Sekianlah artikel Otai Reformis : Dulu penyokong tetapi sekarang jadi penentang Reformasi Anwar! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Otai Reformis : Dulu penyokong tetapi sekarang jadi penentang Reformasi Anwar! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/otai-reformis-dulu-penyokong-tetapi.html