Kenapa ADUN Pantai Kudor Ni Menangis?

Kenapa ADUN Pantai Kudor Ni Menangis? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa ADUN Pantai Kudor Ni Menangis?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa ADUN Pantai Kudor Ni Menangis?
link : Kenapa ADUN Pantai Kudor Ni Menangis?

Baca juga


Kenapa ADUN Pantai Kudor Ni Menangis?


TANJUNG KLING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dilihat menangis ketika memohon ampun dan maaf kepada rakyat Negeri Melaka atas kekhilafannya selama ini.

"Saya minta ampun maaf, rakyat Negeri Melaka. Maafkan kami, saya cakap ikhlas, nangis saya bukan main-main. Saya sayang, saya minta maaf rakyat Negeri Melaka, kami buat ini untuk kamu semua," kata Nor Azman.

Dakwanya, beliau bersama tiga lagi ADUN termasuk Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan terhadap kerajaan negeri hanya untuk menyekat korupsi berlaku.

Nor Azman berkata demikian dalam satu siaran langsung yang disiarkan di Saluran 501, aplikasi LIve TV dan media sosial Astro AWANI pada Rabu.

Nor Azman juga secara terbuka membuat permohonan maaf.

Dalam sidang media khas yang berlangsung di Pantai Kundor di sini, hari ini, Nor Azman turut mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kedua-dua ADUN terbabit telah terlucut keahlian masing-masing kerana bersekongkol dengan parti pembangkang.

Keahlian UMNO Azman dan Idris tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Surat pelucutan keahlian bertarikh 5 Oktober itu akan diserahkan kepada kedua-dua wakil rakyat terbabit dalam tempoh terdekat.

Tambah Nor Azman, beliau dan Idris masih belum menerima pelucutan keahlian berkenaan.

Ini kerana beliau mendakwa, terdapat beberapa pemimpin UMNO termasuk berjawatan Menteri dipercayai melanggar peraturan parti tetapi tidak dilucutkan jawatan.

Isnin lalu, Nor Azman dan Idris bersama dua lagi ADUN, Datuk Norhizam Hassan Bakee (Bebas - Pegkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu - Telok MAS) mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pengumuman itu mendorong kepada pembubaran DUN Melaka oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam sebagaimana diumum Speaker DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusof pada Selasa.

Sebelum ini, Kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional diwakili 17 ADUN yang terdiri daripada 14 ADUN UMNO, dua dari Bersatu dan satu Bebas, manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh (DAP), dua (PKR) dan dua (Amanah) ~ AstroAwani


Demikianlah Artikel Kenapa ADUN Pantai Kudor Ni Menangis?

Sekianlah artikel Kenapa ADUN Pantai Kudor Ni Menangis? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa ADUN Pantai Kudor Ni Menangis? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/kenapa-adun-pantai-kudor-ni-menangis.html

Subscribe to receive free email updates: