PH Dah Kena Kencing Ke Ni?

PH Dah Kena Kencing Ke Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Dah Kena Kencing Ke Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Dah Kena Kencing Ke Ni?
link : PH Dah Kena Kencing Ke Ni?

Baca juga


PH Dah Kena Kencing Ke Ni?

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak berpuas hati dengan tahap kemajuan yang dicapai selepas lebih sebulan memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai antara Putrajaya dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau mendakwa, antara lain reformasi Parlimen lembab dan kerajaan tidak bersungguh-sungguh melaksanakannya malah sengaja dilengahkan.

“Walaupun ada kemajuan, tapi kemajuan sangat lemah sehingga reformasi Parlimen belum ada kejayaan apa-apa.

“Janji dibuat sudah melebihi satu bulan dan tak ada satu komitmen untuk melaksanakannya, selain hanya war-warkan soal kestabilan. Beberapa langkah lain juga bertentangan dengan semangat demokrasi, ketelusan dan semangat kerjasama seperti disebut Perdana Menteri.

“Saya nak jelaskan, betul MoU dapat meredakan suhu politk yang kami sokong pada peringkat awalnya, tapi hari ini, kita nak nyatakan kita tidak berpuas hati kerana lembab dan sengaja dilengahkan.”

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed di Dewan Rakyat yang menyatakan terdapat kemajuan dari segi pentadbiran selepas MoU antara kerajaan dan pembangkang dimeterai bagi memastikan kestabilan politik.

Mustapa berkata, ruang perlu diberi kepada kerajaan dalam melaksanakan transformasi yang dijanjikan dalam MoU berkenaan.

Dalam hal ini katanya, komitmen daripada semua pihak, termasuk pembangkang diperlukan supaya hasrat murni demi kepentingan rakyat dapat dicapai.

“Sudah pasti kita perlu telus dan berterus-terang. Kalau ada kemajuan, iya, dan kalau kurang kemajuan, kita harus nyatakan demikian.

“Ini penting dan sudah pasti Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan ahli Dewan Rakyat faham dengan keadaan semasa, termasuklah reformasi Parlimen umpamanya, tindakan harus diambil bagi mencapai hasrat murni agar perjanjian 13 Sept dapat dicapai.

“Tapi kita harus sedar, kita baharu sahaja (meterainya) dan kita perlu bagi masa,” kata Mustapa ~ FMT


Demikianlah Artikel PH Dah Kena Kencing Ke Ni?

Sekianlah artikel PH Dah Kena Kencing Ke Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Dah Kena Kencing Ke Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/10/ph-dah-kena-kencing-ke-ni.html

Subscribe to receive free email updates: