Judul : Najib Jugak Yang Depa Minta Tolong...
link : Najib Jugak Yang Depa Minta Tolong...
Najib Jugak Yang Depa Minta Tolong...
KUALA LUMPUR: Beberapa NGO dan individu mewakili pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini tampil meminta bantuan Najib Razak membawa suara mereka dengan merayu kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya membenarkan pengeluaran dana simpanan sebanyak RM10,000 tanpa syarat.
Wakil pencarum, Azmi Mohd Tahir berkata, rayuan itu dibuat kerana ramai pencarum terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan langkah kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 2020.Hadir sama ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut membuat tuntutan sama.
Presiden PPIM, Nadzim Johan berkata, tuntutan itu dibuat kerana masih ramai pencarum yang belum mendapat pekerjaan dan gaji yang stabil.
“Malah ada juga pencarum sudah mendapat pekerjaan tetapi kadar gaji ditawarkan dan diterima tidak seperti gaji sebelum pandemik Covid-19 sedangkan komitmen sedia ada adalah berdasarkan pendapatan terdahulu.
“Ada juga pencarum yang mahu mengeluarkan simpanan KWSP kerana mahu melunaskan tunggakan hutang, pinjaman dan lain-lain,” katanya.
Katanya, pencarum juga berdepan kesan berganda akibat banjir di beberapa negeri pada hujung tahun lalu.
Sebelum ini, kerajaan meluluskan pengeluaran khas KWSP menerusi i-Sinar pada Mac lalu, dengan had pengeluaran antara RM10,000 hingga RM60,000 bagi mengurangkan impak pandemik.
Kerajaan kemudian mengumumkan pengeluaran khas kedua menerusi i-Citra bermula Ogos lalu, dengan had pengeluaran RM5,000 lapor FMT
Demikianlah Artikel Najib Jugak Yang Depa Minta Tolong...
Anda sekarang membaca artikel Najib Jugak Yang Depa Minta Tolong... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/01/najib-jugak-yang-depa-minta-tolong.html