Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik - Rafizi - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik - Rafizi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik - Rafizilink :
Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik - Rafizi
Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik - Rafizi

KUALA LUMPUR: Jangan lagi atau sesekali taksub kepada mana-mana personaliti politik kerana mereka tidak kekal, nasihat Rafizi Ramli.
Sebaliknya, tegas Naib Presiden PKR itu ialah, yang perlu terus menjadi penilaian pengundi adalah kumpulan politik mana yang dapat menawarkan khidmat untuk memperjuangkan hal ehwal rakyat dengan sebenar-benarnya.
Bahkan, kata Rafizi, kerana ketaksuban itu juga pada akhirnya mencetuskan kelesuan politik dalam kalangan rakyat apabila cerita yang sama sejak dari dahulu hingga kini iaitu perebutan kuasa individu-individu tertentu terus dimomokkan.
“Ahli politik sehebat mana pun mereka, di sebelah mana pun, mereka datang dan pergi.
“Yang kita perlukan ialah satu pasukan yang cekap, yang betul-betul ikhlas dan mereka tahu mereka digaji untuk menyelesaikan masalah rakyat dan hebat atau tidak mereka adalah seberapa cepat dan kreatifnya mereka melahirkan penyelesaian dengan segera
“Itu jarang berlaku lagi, sebab itu timbul rasa bosan dengan politk,” kata Rafizi ketika diwawancara dalam program Agenda AWANI yang dihoskan oleh Ibrahim Sani.
Berdasarkan pemerhatian bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga, selepas empat tahun politik negara dilihat tidak berkisar soal rakyat yang sebenarnya, tetapi beberapa kerat golongan yang ‘kalau menang mereka jadi menteri’ yang jelas sama sekali tidak melahirkan sebarang perubahan dasar.
Bertitik tolak dari situ, ujar Rafizi, menyebabkan sebahagian besar pengundi atas pagar khususnya enggan turun mengundi kerana sudah letih dan bosan untuk mendengar kisah orang yang sama dalam gelanggang politik.
“Sebab itu kita kena bawa kembali keseluruhan diskusi dan fokus politik itu kepada soal masalah rakyat,” jelas Rafizi yang baru-baru ini mengumumkan keputusannya untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Ikuti temu bual penuh bersama Rafizi dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Ibrahim Sani, di
SINI
Demikianlah Artikel Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik - Rafizi
Sekianlah artikel Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik - Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan Taksub Dengan Personaliti Politik - Rafizi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/03/jangan-taksub-dengan-personaliti.html